TIDAK terdapat kejadian-kejadian pelik semasa Sidang Pertama Penggal Parlimen ke-15 yang melibatkan ahli-ahli parlimen, kecuali kehadiran kumpulan-kumpulan tertentu di luar parlimen, termasuk para penyokong BossKu (Datuk Seri Najib Razak).
Semasa pemilihan Speaker, calon Kerajaan menang dengan 147 undi, kurang satu undi untuk sokongan 2/3. Salah seorang penyokong kerajaan Hanifah Hajar Taib (Mukah) , tidak sempat hadir tepat masanya semasa sesi pengundian, atas sebab masalah kesihatan, pun demikian dapat turut mengangat sumpah ahli parlimen.
Sebelum rehat tengah hari, semua 222 ahli parlimen selesai mengangat sumpah sebagai ahli parlimen. Persidangan akan disambung pada 2.30 petang bermula dengan USUL PERCAYA. Usul itu akan dibahas sebelum pengundian.
Melihat kehadiran penuh ahli parlimen, kemungkinan USUL PERCAYA itu mendapat sokongan 2/3.
Dalam sejarah parlimen Malaysia, kali ini lah pertama kali berlaku USUL PERCAYA pada Perdana Menteri, kerana sebelum ini, Perdana Menteri disokong daripada parti yang sama, maka tiada kesangsian berkaitan sokongan, akan tetapi pada kali ini, Perdana Menteri mengetuai sebuah kerajaan minoriti yang mendapat sokongan daripada parti-parti lain, kesan parlimen tergantung hasil keputusan PRU-15.
USUL PERCAYA adalah bertujuan untuk keabsahan perlantikan Perdana Menteri, kerana pihak pembangkang dalam hal ini Perikatan Nasional (PN) meraguinya, walaupun 5 blok parti politik sebulat suara menyokong, selain sokongan parti-parti kecil lain dan bebas.
Berpandukan pada MoU 5 blok parti, selain penilaian YDP Agong sebelum memberi perkenanan perlantikan PM-10 pada 24 November, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang mencukupi untuk dilantik, dan seterusnya, USUL PERCAYA tidak diperlukan.
Akan tetapi, untuk tujuan merungkai ketidak tentuan, kerajaan sendiri membawa USUL PERCAYA, supaya keputusannya nanti dapat menenangkan semua.
No comments:
Post a Comment