Monday, December 05, 2022

SAMADA PH ATAU PN BAKAL JADI BLOK PARTI DOMINAN DALAM NEGARA

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-15 yang berlabuh bulan lalu, menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menang 83 kerusi (atas logo PH- 78, DAP-5), manakala Perikatan Nasional (PN) menang 73 kerusi (atas logo PN 51, Pas-22).

Tetapi yang paling menarik kemenangan calon PN daripada Pas di Pulau Pinang, termasuk Parlimen Permatang Pauh, kubu semula jadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemenangan calon-calon PH di kawasan-kawasan yang dimenangi, memangpun telah diramal, kerana rekod lampu, kawasan-kawasan sedemikian adalah wilayah parti itu, akan tetapi kemenangan beberapa kerusi oleh PN di Selangor, Perak dan Pahang, ada lah diluar dugaan, kerana kawasan-kawasan yang dimenangi semuanya kawasan baharu bagi parti itu, samada Bersatu atau Pas, kerana tiada rekod menunjukkan kawasan-kawasan tersebut pernah dimenangi. Malah kini, di Perak dan Pahang, PN yang mempunyai kerusi terbanyak.

Jika di Kedah, Kelantan dan Terengganu, memang diramal akan dikuasai PN, tiada yang menyangka sapu bersih di Perlis, Kelantan dan Terengganu, malah di Kedah, hanya Parlimen Sungai Petani ditawan PH, itupun hanya majoriti 1,115, apabila calon parti itu mendapat 50,580 undi berbanding PN 49,465 undi.

Rupanya pengelibatan undi kali pertama dan undi-18 telah menjadi game changer politik negara, sehingga mengubah hampir secara total lanskap politik negara.

PRU-15, dilihat semakin melebarnya polarisasi, semakin jelas segmen pengundi, yang dicerminkan oleh dua blok utama, PH dan PN.

Barisan Nasional (BN) parti gabungan tertua dalam negara, hanya menang dikawasan-kawasan tradisi parti itu, walaupun mengalami penyusutan majoriti yang sangat ketara, seperti mana berlaku di Parlimen Pekan, Pahang, calon BN menang majoriti 8,949 undi pada PRU kali ini berbanding majoriti pada PRU-14 yang berjumlah 24, 859; demikian juga di Parlimen Bagan Datuk, apabila Presiden Umno dan Pengerusi BN hanya menang dengan majoriti 348, berbanding majoriti pada PRU-14 yang berjumlah 5,073.

Terlalu awal untuk membuat kesimpulan apa kah momentum pola pengundian PRU-15, akan kekal pada pada PRU yang akan datang, dan akan diuji lagi pada PRN 6 negeri tahun hadapan.

Kalau mengambil kira keputusan PRN Melaka dan Johor yang dianggap “False alarm” bagi BN, kerana kemenangan bergaya parti itu, sehingga timbulnya gelombang bubar parlimen, dan mendesak Perdana Menteri ke-9 membubarkan parlimen.Malah semasa pengumuman kemenangan PRN Johor, Datuk Ismail Sabri Yaakub disambut oleh penyokong Umno/BN dengan laungan BUBAR PARLIMEN.

Kini keputusan PRU telahpun diketahui, sangkaan Umno terbukti tersasar jauh, sehinggakan terpaksa menyelamatkan diri untuk bersama PH, seperti mana pengakuan Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan Mohammad.

Harapan tinggi Umno bersama PH, bahawa parti itu akan bangkit 5 tahun akan datang, atas bantuan PH, dan kerana kebangkitan tersebut, maka PH akan terus bersama BN. Lagipun, BN bersedia mengadakan perjanjian gabungan antara parti-parti yang menyokong kerajaan campuran yang bernama Kerajaan Perpaduan.

Di lain pihak pula, PN akan terus menjadi barisan pembangkang yang berintegriti dan bermaruah untuk tempoh masa 5 tahun, walaupun ada gerakan-gerakan menarik sokongan daripada parti-parti lain untuk menumbangkan kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada masa juga dakwaan-dakwaan negatif terhadap kepemimpin PN, terutama era Tan Sri Muhiyiddin Perdana Menteri, yang membelanjakan RM530 bilion pakej pemulihan negara semasa pandemik Covid-19 dan darurat (kini diisukan berjumlah RM600 bilion) , dan diselitkan dana PN daripada syarikat judi, hanya kerana memberikan kebenaran kepada syarikat judi mengadakan cabutan khas daripada 8 kali setahun ke 22 kali.

Gerakan-gerakan seumpama ini, tidak boleh diambil mudah, kerana perjalanan politik negara penuh dengan liku-liku, yang tidak terduga, menjadi kenyataan. Sama-sama kita lihat apa yang berlaku, terutama selepas 6 PRN negeri.

No comments:

Blog Archive