MEMANG kalau membaca Klausa 4 MoU antara 5 parti yang dimeterai pada Jumaat, menggambarkan pemaksaan (diktator), tetapi dalam perkara ini, bukannya demikian, kerana maksud klausa tersebut untuk buktikan konsistensi.
Klausa tersebut telah mengambilkira inuendo semasa proses penamaan Perdana Menteri ke-10, apabila dalam masa 24 jam keputusan beberapa MP berubah-ubah, sehingga menimbulkan kemelut, kerana mendapati ada sesetengah MP membuat keputusan tidak konsisten sehingga memerangkap semua pihak.
Klausa 4 itu diperlukan untuk memberi petunjuk dan pengajaran pada wakil rakyat yang tidak konsisten, untuk mendapat hukuman setimpal kerana tindakan yang menyusahkan semua orang.
Memang lah kalau dibaca dan dimengerti Klausa tersebut menghalang kebebasan mengambil keputusan, sesuai dengan ketetapan jawatankuasa pilihan khas menimbang rang undang-undang antilompat parti pada 18 Julai 2022 bahawa mana-mana ahli parlimen yang tidak mengundi mengikut arahan parti tidak akan hilang kerusinya di bawah Artikel 49A.
Akan tetapi, MoU tersebut perlu memberi penenakanan pada sokongan parti-parti semasa menamakan Perdana Menteri ke-10, sehinggakan terlantiknya Perdana Menteri.
Klausa 4 MoU itu menyatakan kesemua ahli parlimen wajib menyokong perdana menteri dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan PH-BN-GPS-GRS-Warisan.
Juga dalam MoU itu Klausa 4(b) pula, sekiranya mana-mana ahli parlimen kerajaan yang gagal mengundi sebagaimana yang telah diarah, mereka akan dianggap telah mengosongkan kerusi parlimen mereka berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan.
Ada pihak mengatakan MoU itu tidak mengikat jika dikaitkan dengan Artkel 49A, pun demikian, semuanya tertakluk bagaimana artikel tersebut diinterpretasi, dan bagai mana para MP bertindak pada 19 Disember, kerana mereka itu semua tahu, apa yang perlu atau boleh dilakukan sebagai anggota pengumbal undang-undang.
No comments:
Post a Comment