Dalam mana-mana pilihan raya, sudah tentu bersandar pada kecenderungan terkini rakyat untuk menjangkakan parti mana bakal disokong.
Jika bersandarkan pada pengundi tradsional dan matang, rekod terakhir adalah PRN Melaka dan Johor.
Berasaskan keputusan pada dua PRN tersebut, kesan pertembungan berbagai penjuru, parti yang teramai ahli dan mempunyai penyokong tegar/tetap, selain kesan sistem First Past The Post, keluar sebagai pemenang.
Persoalannya, apa kah pada PRU ke-15 ini, trend serupa berlaku? Jika menurut berbagai laporan dan kajian rambang berbagai pihak, walaupun pola pengundian akan serupa, akan tetapi nisbahnya akan berbeza, kerana kesan peratusan pengundi yang keluar mengundi lebih tinggi berbanding dua PRN tersebut.
Apabila peratusan keluar mengundi tinggi, maka semakin ramai pengundi pasif atau atas pagar turut sama menunaikan tanggungjawab.
Pengundi pasif atau atas pagar, adalah punca tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada PRU-14. Mengapa dikatakan menjadi punca? Sebabnya, pada PRN Johor misalnya, dengan jumlah pengundi yang sama yang mengundi BN pada PRU-14, akan tetapi parti itu kalah teruk, dengan jumlah pengundi yang juga, BN bukan sahaja menang, akan tetapi kemenangan 2/3 kerusi.
Benar, apapun peratusan pengundi keluar mengundi, kesan pertembungan berbagai penjuru, dengan pola pengundian yang hampir sama, akan memberi kelebihan pada parti yang mempunyai ramai ahli dan penyokong tetap/tegar, atas sebab mendapat kelebihan pada perpecahan undi. Ertinya, dalam senario berbagai parti berlawan, parti atau calon yang bakal keluar sebagai pemenang, sangat bergantung sejauh mana besarnya perpecahan undi tersebut.
Mungkin kerana kesan perpecahan undi, maka BN mengunjurkan 112 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandingi, dengan pecahan, menang 103 kerusi di Semenanjung daripada 165 kerusi, dan menang 9 kerusi di Sabah termasuk WP Labuan. PRU kali ini, BN tidak meletakkan calon di Sarawak yang mempunyai 31 kawasan parlimen.
Unjuran 103 kerusi di Semenanjung, adalah unjuran sangat optimistik, kerana tiada rekod, bahawa parti itu pernah menang sejumlah kerusi tersebut sejak GE-12. Pencapaian parti itu pada GE-12 adalah 86 kerusi; GE-13- 85 kerusi dan GE-14 -49 kerusi. Sasaran 103, ertinya lonjakkan 54 kerusi di Semenanjung!!!.
Adat resam setiap pilihan raya, mana-mana parti mahu menang, jika tidak, tidak akan menyertai pilihan raya. Atas asas sedemikinlah, maka akan membuat unjuran, selain menguatkan semangat juga sebagai perang persepsi, akan tetapi penulis yakin semua juga, telah mengukur baju dibadan sendiri.
PRU kali ini, kekal melibatkan parti yang sama pemimpin yang sama, walaupun dengan kombinasi parti yang berbeza, mengharapkan keputusan yang berbeza. Kerana senario ini, menyebabkan rakyat dilema atau ada yang keliru, yang boleh menyebabkan, tiada parti yang boleh menang dengan majoriti mudah.
Apabila tiada parti yang menang majoriti mudah, maka, untuk tujuan membentuk kerajaan, maka terpaksa berlaku penjajaran politik yang sama sekali baharu. Akan bagai mana kah penjajaran baharu tersebut?, sama-sama kita nantikan pada 20 November ini, kerana hari penentuan adalah pada 19 November.
No comments:
Post a Comment