Sunday, November 06, 2022

KERUSI RANAU DAN BELURAN-ANGGAPLAH WARNA WARNI DEMOKRASI

JANGAN jadikan isu kerusi Ranau dan Beluran merosak jalinan kerjasama yang dibina lebih 2 tahun, termasuk dalam PRU ke-15 ini, anggaplah kejadian tersebut sebagai warna warni demokrasi.

Cukup lah dengan kenyataan, masing-masing pihak tidak merestui tindakan tersebut, kerana rakyat secara umumnya mengetahui punca sebenar.

Yakinlah pengundi sekarang semakin matang, semakin maklum apa yang telah berlaku, kerana bantuan aliran maklumat yang begitu pantas.

Penulis berpandangan, dikalangan rakyat, apa yang berlaku di Ranau dan Beluran, hanya berlegar-legar di dua kawasan tersebut, tidak berkesan di kawasan lain, walaupun Presiden Warisan- Datuk Shafie Apdal cuba menjadikannya isu politik.

Penulis berpandangan trend atau kecenderungan pengundian pada PRU kali ini lebih bersifat setempat, ertinya, kurang saling mempengaruhi kawasan-kawasan lain.

Kerana sifat pengundian sangat in-situ, jika sesuatu kawasan, sesebuah parti kuat kerana faktor calon atau faktor pemimpin, tidak bermakna di kawasan lain juga parti itu kuat.

Kerana senario sedemikian, sebelum ini, penulis beberapa kali mengulas betapa pentingnya meletakkan calon-calon yang tepat mewakili parti masing-masing, kerana pengundi cenderung melihat pada calon-calon tersebut, untuk mereka sandarkan menyelesaikan isu-isu yang mereka hadapi.

Nampaknya pada PRU kali ini, parti-parti utama meletakkan calon-calon terbaik masing-masing, yang menyebabkan semua kawasan terdapatnya persaingan hebat, kerana keadaan demikian, maka yang menentukan parti yang keluar sebagai pemenang, sangat bergantung pada gerak kerja semasa kempen, selain memastikan setiap ahli/penyokong keluar mengundi, kerana kemenangan terletak pada dua faktor ini.

Apa yang jelas dalam pertembungan sebegini sengit, mana-mana parti yang teramai ahli/penyokong tegar, akan menang kerana faktor undi berpecah. Pun demikian, pengundi atas pagar juga mempunyai kesan signifikan, akan tetapi undi mereka ini, sangat bergantung pada calon-calon di setiap kawasan. Calon-calon yang diminati pengundi golongan ini, akan mendapat undi lebih daripada kalangan pengundi kategori ini.

No comments:

Blog Archive