Wednesday, November 02, 2022

KERJASAMA GRS-BN: UMNO DIBERI KERUSI TERBANYAK

NAMPAKNYA, status quo era Barisan Nasional (BN) berulang pada kerjasama antara GRS-BN apabila sebahagian besar kawasan majoriti bumiputera islam ditandingi parti Umno, seperti mana juga pada PRU ke-15 ini, parti itu bertanding di semua kawasan kecuali Kudat, Papar, Sipitang dan Semporna.

Petang Rabu di Kota Kinabalu, GRS-BN dengan berkongsi pentas mengumumkan secara serentak calon-calon bagi parti masing-masing kecuali bagi Parlimen Beluran yang akan diketahui pada 5 November semasa penamaan calon. Kebarangkalian akan berlaku pertandingan persahabatan antara calon dua blok parti tersebut.


Di pihak BN, semua penyandang kerusi sebelum parlimen dibubar pada 10 Oktober lalu mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Pengerusi BN Sabah di Parlimen Kinabatangan. Manakala Bersatu, komponen GRS, hanya penyandang kerusi Parlimen Ranau sahaja  mempertahankan kerusi, dan kemungkinan Datuk Ronald Kiandee di Parlimen Beluran.

Penyandang yang tidak mempertahankan kerusi adalah Datuk Rahim Bakri bagi Parlimen Kudat, memberi laluan pada calon separti,demikian juga Datuk Hafez Tan Sri Musa tidak mempertahankan kerusi dengan memberi laluan pada Ketua Bahagian Bersatu Sipitang, Datuk Matbali Musah. Di Parlimen Beaufort pula kerana kawasan tersebut diserahkan pada Umno, sama seperti Parlimen Libaran.

Agihan kerusi antara BN dan GRS hampir seimbang, kecuali kebarangkalian kerusi yang bakal dimenangi BN lebih ke hadapan. Bagi BN, 12 kerusi yang ditandingi termasuk DUN Bogaya, 11 kawasan boleh dimenangi dengan selesa. Manakala GRS, berhadapan laluan sukar di  Parlimen Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Batu Sapi, Semporna dan Tawau. Pun demikian jika jentera kedua belah pihak berkerja bersungguh-sungguh, "upset" boleh berlaku di Parlimen Penampang, Batu Sapi dan Tawau.

Penulis melihat menerusi kawasan-kawasan yang ditandingi ke dua-dua blok parti itu, dan berasaskan senario semasa, daripada 25 kerusi yang tersedia, 19 kerusi boleh dimenangi, apa tah lagi dengan adanya pertembungan berbagai parti, yang menyebabkan perpecahan undi. Oleh kerana kerana perpecahan undi, maka kerjasama dua parti tersebut mendapat kelebihan daripada SISTEM FIRST PAST THE POST.

Terpulang pada jentera kedua belah pihak untuk memastikan setiap kawasan dimenangi. Dan jika perlu para pemimpin veteran yang beraura turut sama berkempen seperti mana pada PRN-16 Sabah. Jika semua pihak berganding bahu, tidak mustahil GRS-BN boleh mengulangi pencapaian seperti mana PRU-13, apabila BN masa itu menang 22 kerusi.

No comments:

Blog Archive