Wednesday, November 02, 2022

GRS-BN BERPELUANG BESAR RAMPAS PARLIMEN PAPAR

Datuk Ghulam
PARLIMEN Papar agar unik, seperti juga parlimen Kota Belud, kadangkala terlepas ke parti pembangkang, seperti pada PRU-14 lalu, sedangkan sebelum itu, adalah kubu kuat parti kerajaan, malah pada PRU 2004 di parlimen Papar calon parti kerajaan (BN) menang tanpa bertanding.

Pada PRU kali ini, khusus untuk Parlimen Papar dijangka dirampas semula daripada parti Warisan, kesan daripada tiga ADUN kawasan itu, terutama ADUN Kawang- Datuk Ghulam Haidar memastikan kemenangan.

Ghulam yang telah menjadi ADUN Kawang beberapa penggal, juga seorang pemimpin yang dikenali penduduk setempat, seperti mana terbukti apabila bertanding sentiasa menang dengan majoriti yang cukup besar.

Pada PRN-16 Sabah tahun 2020, diantara 3 calon yang menang, Ghulam mendapat nisbah undi tertinggi iaitu 30% daripada keseluruhan, manakala dua lagi yang menang masing-masing dengan 18%. daripada undi Parlimen Papar.
Datuk Amirzan 

Jika dijumlah peratusan antara ketiga-tiga calon dijumlahkan, maka lebih 60%, atas sebab itu, penulis dengan mudah merampas parlimen tersebut daripada Parti Warisan.

Bukan itu sahaja, calon yang dijadikan ayam tambatan, tidak asing lagi bagi pengundi di kawasan tersebut, kerana selain kerap turun padang juga dekat dengan masyarakat.

GRS-BN dalam majis pengumuman serentak pada petang Rabu di Kota Kinabalu yang disempurnakan bersama antara Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri-Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Pengerusi BN Sabah- Datuk Bung Moktar Radin.

Bagi Parlimen Papar dicalonkan Bendahari Bahagian Bersatu Papar merangkap Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri- Datuk Amirzan Mohd Ali.

Parlimen Papar adalah sebahagian daripada kawasan-kawasan parlimen di Sabah dijangka dimenangi GRS-BN pada PRU-15 ini.


No comments:

Blog Archive