Monday, November 28, 2022

KEPUTUSAN PRU-15 PARLIMEN SABAH SEPINTAS LALU

JIKA diteliti secara sepintas lalu, keputusan PRU-15 Parlimen Sabah, 44 peratus ditentukan parti, 32 peratus calon & parti, dan 24 peratus calon. Ertinya, parti masih mendahului keutamaan pengundi, diikuti kombinasi antara parti dan calon, sementara, calon sahaja masih juga sebahagian pilihan pengundi.

Manakala daripada segi status parti, 52 peratus parti nasional dan 48 peratus parti lokal. Nampaknya naratip sebelum ini, bahawa pengundi Sabah cenderung pada parti lokal, tidak terbukti benar.

Ada kemungkinan perubahan naratif ini berubah pasca PRU-15, kerana terwujudnya penjajaran politik yang sama sekali baharu, yang menuju ke arah sistem dua parti. Kerana kecenderungan ini, secara umumnya, dua blok parti nasional, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), akan menjadi parti dalam sistem dua parti.

Bagi parti-parti lokal kena menyesuaikan hala tuju masing-masing sesuai dengan perubahan politik tanah air jika ingin kekal dan relevan. Parti lokal, tidak boleh lagi meletakkan kaki pada dua parti yang berbeza, kerana mempunyai implikasi negatif  pada parti itu, termasuk ditolak pengundi.

Dalam sistem dua parti, masing-masing parti kena jelas, hala tuju masing-masing, sesuai dengan segmen pengundi, jika masih mengambil pendekatan rojak, pengundi akan keliru dan akhirnya akan berulang keputusan PRU-15, parlimen tergantung.

No comments:

Blog Archive