Wednesday, November 09, 2022

GPS SARAWAK TIDAK TERIKAT MANA-MANA BLOK PARTI

Parti-Parti Sarawak (GPS) sehingga ke hari ini belum membuat pendirian, berkolaborasi dengan mana-mana blok parti, samada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN), untuk maksud membentuk kerajaan Persekutuan pada 20 November ini.

Untuk rekod, daripada 31 kawasan yang tersedia di negeri bumi kenyalang itu, hanya BN tidak meletakkan calon.

BN setakat ini, masih berpendirian sepihak, bakal membentuk kerajaan bersama GPS.

Di Sabah pula, hanya Parti warisan bertindak seperti GPS, manakala parti-parti lain yang bakal menang kerusi berafiliasi dengan masing-masing parti di Semenanjung, akan tetapi TIDAK berapa jelas berkaitan kedudukan GRS-BN, kerana kedua-dua parti itu mempunyai hubungan langsung dengan blok parti di Semenanjung.

Hubungan GRS-BN sedikit unik, kerana menerajui Kerajaan Sabah secara bersama, akan tetapi tidak jelas kedudukannya, jika salah satu daripada induk parti masing-masing memerlukan sokongan untuk maksud membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kedudukkan blok-blok parti di Semenanjung masih dalam keadaan terbuka, apabila masing-masing pihak mengaku bakal menang kerusi terbanyak. Apapun senarionya hanya terletak di tangan pengundi pada 19 November ini, blok parti mana diberi mandat.

Apa yang pasti,melihat senario politik tanah air, selain kesan pengundi baharu, tiada mana-mana blok parti dapat meramal jumlah kerusi yang bakal diperolehi masing-masing, atas sebab itu, sangat bergantung sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Penulis yakin, pengundi Semenanjung, terutama pengundi atas pagar dan baharu, dalam keadaan dilema, parti mana yang bakal disokong, kerana masing-masing blok ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tetapi jika berlaku, peratusan pengundi dalam golongan atas pagar dan baharu rendah, dan mereka yang keluar mengundi majoriti daripada pengundi tradisional dan matang, maka senario parlimen tergantung akan berlaku.

Akan tetapi, tiada mana-mana pihak dapat meramal, sejauh mana peratusan pengundi keluar mengundi, dan untuk kepastiannya hanya diketahui selepas hari pengundian.

No comments:

Blog Archive