Umno hanya menjadi pembangkang 22 bulan selepas kalah pada PRU-14, dan menjadi sebahagian kerajaan semula kerana Parti Bersatu membantu parti itu menjadi sebahagian Kerajaan, apabila menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan(PH) pada Februari 2020.
Kini selepas PRU-15, Umno pula membantu PH menjadi kerajaan, apabila menyokong Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH. Sementara Parti Bersatu pula bersama Parti Pas menjadi parti pembangkang.
Semasa kerajaan PH, telah diadakan Kongres Maruah Melayu pada Oktober 2019. Sebelum itu pada September tahun yang sama diadakan Himpunan Penyatuan Ummah yang diperkasa Umno dan Pas.
Ketetapan Kongres tersebut, Parti Umno, Pas dan Bersatu, perlu bersama-sama dalam Muafakat Nasional (MN), untuk mengelak apa yang berlaku sepertimana keputusan PRU-15.
JIKA Parti Umno mengadopasi Hasil Kongres Maruah Melayu pada Oktober 2019, dan berdepan dengan PRU-15, berganding bahu dengan Pas dan Bersatu, kemungkinan besar kejadiannya tidak seperti mana PRU-15, yang mana Umno mencipta sejarah terburuk bagi parti itu sejak merdeka.
Berpandukan pada trend pengundian keputusan PRU-15, jika Muafakat Nasional (MN) diperkasa, maka Perdana Menteri ke-10 sudah pasti daripada Umno.
Kehilangan peluang untuk Umno bangkit, bukan kerana parti itu, akan tetapi keegoan segelintir parti itu, terutama Presiden, beberapa pemimpin Umno Johor yang ditolak rakyat pada PRU-14, Ketua Pemuda parti itu, dan seorang MKT parti itu daripada Sabah yang begitu sombong dan takabur.
Tindakan segelitir pemimpin parti itu, telah menyebabkan kemuakan kaum melayu, sehinggakan parti itu dihukum, seperti mana berlaku pada PRU-15, apabila mencapai keputusan terburuk di negeri-negeri ramai rakyat melayu, seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Jika Umno ingin bangkit semula, semua mereka yang sombong dan ego tersebut, perlu direhatkan untuk selama-lamanya, dan jangan lagi terlihat sebagai sebahagian yang mencatur masa depan parti.
Kini Umno dipersimpangan jalan, bagai mana untuk bangkit, kerana tertakluk dengan Kerajaan Perpaduan. Atas sebab Umno dan PH merupakan rakan dalam kerajaan, maka 6 PRN yang tertangguh, sudah tentu, setiap parti memperatahankan kerusi masing-masing, dan semua kita ketahui Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang dikuasai PH, kecuali mungkin di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan berlaku agihan kerusi berasaskan kekuatan masing-masing.
Selagi Umno bersama Kerajaan Perpaduan, ada kemungkinan tidak berlaku “free contest” antara parti itu dengan parti-parti dalam PH, kecuali mungkin pada PRU-16, akan ada pendekatan baharu.
Kerjasama antara parti itu dengan PH, sekali lagi diuji pada pilihan raya tertangguh di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman, sebelum melangkah pada PRN 6 negeri tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment