Monday, October 03, 2022

SIKLON TROPIKA ANCAM MALAYSIA ANTARA NOVEMBER HINGGA APRIL TAHUN DEPAN

MUSIM Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan boleh menyebabkan hujan lebat, ribut dan banjir.

Malaysia berisiko dilanda hujan lebat berpanjangan dan bencana banjir sepanjang Musim Siklon Tropika yang boleh menyebabkan bekalan utiliti terputus selama beberapa hari.

Di Malaysia, siklon tropika kebiasaannya disusuli bersama ribut hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan di negara ini termasuk Lembah Klang.

Sebelum ini menurut Met Malaysia ( Jabatan Meteorologi Malaysia) meramalkan negara akan dilanda hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang berisiko menyebabkan bencana banjir besar.

Cuaca yang dialami dijangka memberi kesan lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana berisiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Selain itu, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan akan menyumbang pada peningkatan taburan hujan.

Melihat keadaan cuaca yang bakal melanda negara, hasrat pihak-pihak tertentu mengadakan PRU-15 pada tahun ini juga, bukan sahaja perlu difikirkan semula, akan tetapi jika diteruskan juga, dilihat tidak mengutamakan keselamatan rakyat termasuk ancaman kehilangan nyawa.

Pilihan raya adalah pesta demokrasi, dan bertujuan seramai mungkin rakyat menyertainya, supaya hasilnya menunjukkan kehendak majoriti.

Tindakan mengadakan pilihan raya pada keadaan yang tidak kondusif bukan sahaja menghalang rakyat menunaikan tanggungjawab, akan tetapi tidak mencerminkan kehendak demokrasi.

Walaupun sebahagian kecil rakyat boleh menghasilkan keputusan, akan tetapi tidak mewakili suara majoriti.

Pelaksanaan pilihan raya seperti PRU tahun 2013 dan tahun 2018, adalah bersesuaian, lagi pun penggal Parlimen ke-14 hanya akan tamat pada Julai tahun hadapan.

Jika meneliti sikap rakyat pada masa sekarang, majoriti tidak menyokong diadakan PRU-15 dalam masa yang terdekat, kerana merasakan tiada asas kukuh, kerana kerajaan stabil, politik stabil, lagi pun rakyat memerlukan tindakan kerajaan bagi membendung masalah yang dihadapi rakyat, masalah inflasi dan menjunamnya nilai ringgit.

Biasanya pada PRU-PRU lalu, semakin dekat Parlimen dibubar, reaksi pasaran saham adalah positif, tetapi apa yang berlaku sekarang, semakin didesaknya PRU-15 disegerakan, pasaran saham semakin menjunam. Apa maknanya? Pelabur atau rakyat tidak menyambut diadakan PRU segera. Fikir-Fikirkan

No comments:

Blog Archive