TIDAK pernah berlaku dalam sejarah Sabah, jawatan Tuan Yang Terutama TYT) dipolitikkan, atau mana-mana pihak membuat kenyataan sokong individu ini, individu itu untuk dilantik ke jawatan tersebut.
Akhir-akhir ini nama Tan Sri Joseph Pairin Kitingan diapungkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) dan mencadangkan untuk dilantik ke jawatan TYT menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang tamat tempoh pada 31 Disember ini. Mungkin persatuan itu tidak menyedari, bahawa tempoh perlantikan seseorang menduduki jawatan itu bukan lagi 2 penggal, sebaliknya tanpa had, selepas Kerajaan Parti Warisan Sabah mengubah Perlembagaan Negeri.
Apabila nama Tan Sri Pairin diapungkan, maka membuka polimek baharu, membuka isu-isu baharu, yang mengarah pada perpecahan, kerana isu perlantikan TYT yang selama ini hanya berlegar-legar pada Kerajaan dan Jemaah Menteri, kini dibuka untuk perbincangan umum, yang mencetuskan berbagai pandangan pro dan kontra.
Tidak kurang pula, para penganalisis buta sejarah Sabah menumpang untuk memberi pandangan, dengan berbagai pandangan walaupun dilihat praktikal, akan tetapi sangat berbercanggah dengan konvensyen perlantikan jawatan tersebut.
Mengapungkan nama Tan Sri Pairin, menunjukkan jawatan TYT dipolitikkan, sedangkan jawatan tersebut adalah jawatan LAMBANG negeri kalis politik.
Dengan berbagai kenyataan termasuk parti politik dan NGO yang terkait Kadazan Dusun Murut, menjadikan kedudukan Kerajaan terutama Ketua Menteri menjadi serba salah, dalam keadaan telan mati emak diluah mati bapa, kerana jika melantik individu lain, maka kumpulan yang mencadangkan akan mempolitikkan, atas sebab Mantan Ketua Menteri tersebut bukan islam, maka dinafikan.
Membuat kenyataan untuk tujuan menyokong bagi sesuatu tujuan yang melepasi garis sempadan, bukannya membawa kebaikan, akan tetapi membuka masalah-masalah baharu, yang sepatutnya tidak perlu timbul.
Memperkuat andaian bahawa Sabah bakal mendapat TYT baharu bukan beragama islam, apabila pada 3 Oktober Tan Sri Pairin Kitingan bertemu Ketua Menteri di Pejabat Ketua Menteri.
Setakat ini, tiada ulasan daripada mana-mana pihak yang mewakili Kerajaan berkaitan perlantikan TYT baharu bagi Sabah, kerana memang lah demikian secara konvensyen, sejak Sabah merdeka, tiada mana-mana pihak pernah mengapungkan perlantikan seseorang pada jawatan tersebut, walaupun antara mulut ke mulut, ramai yang berspekulasi.
No comments:
Post a Comment