Saturday, October 01, 2022

REBAT KHAS 25 PERATUS KYS DILANJUT- GHULAM

SIFAT prihatian Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) terhadap peminjam pendidikan, sehingga mengwujudkan REBAT KHAS 25 PERATUS, yang sepatutnya tamat pada Jumaat, akan tetapi atas sambutan yang menggalakkan dilanjutkan selama 3 bulan lagi sehingga 31 disember 2022, demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah Dato Sri Haji Gulamhaidar Bahadar.

Sebelum ini, rebat 25 peratus hanya diberikan kepada peminjam yang ingin memendekkan tempoh bayaran sekurang-kurangnya sebanyak 75 peratus daripada tempoh pembayaran balik yang ditetapkan.

Menerusi pendekatan baharu pula,menerusi Program Rebat Khas 25 peratus, peminjam tanpa mengira tempoh pembayaran layak mendapat rebat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Hakikatnya penubuhan Yayasan Sabah semasa era Allahyaram Tun Mustapha Datu Harun, sebagai sumber dana untuk menjamin dan memberi peluang pada anak-anak Sabah menlanjutkan pelajaran yang diberikan dalam bentuk biasiswa dan dermasiswa, akan tetapi, kerana sumber pendanaan yang semakin terhad, sementara jumlah pelajar yang berkeinginan menyambung pelajaran, maka, kumpulan tersebut tiada pilihan lain, terpaksa memperkenalkan kaedah pinjaman, untuk dijadikan pusingan dana, agar lebih ramai anak-anak Sabah mendapat peluang.

Bagi mereka yang mendapat pinjaman, selepas tamat belajar, tiada jaminan mendapat peluang pekerjaan yang mempunyai gaji yang mencukupi, sehingga tidak sedikit yang terpaksa menonggak bayaran bertahun-tahun.

Apabila adanya inisiatif seperti Program Khas rebet, setidak-tidaknya dapat mengurangkan beban kewangan para peminjam, dan pada masa sama, kutipan dapat menjamin pusingan dana kumpulan tersebut.

KYS mempunyai peranan yang cukup besar dalam visi Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadikan pembangunan Modal Insan sebagai salah satu teras utama.

Pendekatan KYS yang diketuai Ghulam, sangat dialu-alukan bukan sahaja oleh kerajaan negeri akan tetapi rakyat Sabah secara umumnya.

No comments:

Blog Archive