Saturday, October 29, 2022

RAKYAT KENA TANYA DIRI SENDIRI PERLUKAH KEPIMPINAN SHAFIE?

SEBELUM ke peti undi pada 19 November depan, pertama sekali yang kita tanya pada diri kita perlu kah kita pada kepimpinan Datuk Shafie Apdal bersama dengan Parti Warisan beliau? Jika perlu, dari segi apa?

Kita semua mesti melihat latar belakang Presiden Warisan tersebut, selepas diberi peluang sejak tahun 1995. Apa kah sumbangannya pada rakyat Sabah? sedangkan kawasan Semporna yang beliau wakili puluhan tahun pun tidak dibangunkan.

Kita juga perlu bertanya, semasa berjawatan KKLW yang mempunyai peruntukan besar untuk membangun kemudahan asas seperti Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Jalan Raya Luar Bandar (JRLB), ke mana sudah kah peruntukan berbilion ringgit itu disalurkan? yang sepatutnya telah menyelesaian kemudahan asas rakyat, akan tetapi sebaliknya berlaku.

Baik lah, jika kita semua lupa kerana masa yang lama berlalu, penulis yakin, ramai rakyat Sabah masih ingat semasa Shafie bersama parti beliau memerintah Sabah selama 27 bulan daripada Mei 2018 sehingga September 2020. Apa yang perlu dibanggakan? malah ekonomi Sabah merudum dengan teruk sekali, apabila pertumbuhan ekonomi menjadi negatif 9.7% (-9.7%), sedangkan sebelum mengambil alih kerajaan menerusi "rampas kuasa", pertumbuhan ekonomi negeri salah satu tertinggi dalam negara, iaitu 8.7% pada tahun 2017.

Akan tetapi, penulis tidak lupa, salah satu kejayaan Shafie dan parti beliau, apabila LOGO Warisan dibina tepat berhadapan dengan Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), bangunan legasi kerajaan era Tan Sri Musa Aman.

Dalam suasana perekonomian dunia yang merudum selain kesan pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun 2020 kemudian perang Ukrine- Russia, negeri dan negara perlu pemimpin yang telah teruji kejayaan semasa ada kuasa, bukannya pemimpin seperti Shafie, walaupun ada kuasa berpuluh tahun, akan tetapi hanya tahu menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan kroni, bukannya untuk kepentingan rakyat secara umum, sepertimana dibuktikan apabila perekonomian jatuh teruk sekali.

Sempena PRU kali ini, dalam siri jelajah Presiden Warisan tersebut, alergi sangat dengan simbol SABAH MAJU JAYA (SMJ) kerana kerajaan Sabah pada hari ini mengangkat perkataan pada jatah negeri untuk diperkasakan supaya seluruh rakyat bersama kerajaan dapat merealisasikan menjelang tahun 2025, Sabah lepas landas (take-off) sebagai negeri maju.

Sepatutnya, Shafie sebagai salah seorang rakyat negeri ini, merasa bangga dengan visi tersebut, kerana menerusi visi tersebut, Sabah mencatit kutipan hasil tertinggi dalam sejarah negeri sejak merdeka, yang berjumlah RM5.449bilion pada tahun 2021, pelaburan masuk ke negeri setakat September tahun ini melepasi angka RM11bilion yang menyediakan lebih 5000 peluang pekerajaan pada rakyat negeri.

Melihat cara Shafie mengelirukan rakyat, kita perlu sedar, bahawa pemimpin sedemikian bukan yang kita semua perlukan. Sebaliknya, kepemimpinan yang sedang memerintah negeri, agar kita semua tidak termasuk pada situasi yang digendong berciciran yang dikejar tak dapat.

Berhadapan PRU kali ini, kita semua perlu sepakat, bahawa kepemimpinan yang diperlukan adalah para pemimpin yang menerajui GRS-BN.

No comments:

Blog Archive