MUDAH caranya bagi parti yang ramai ahli dan jentera, kerana dapat memberi fokus pada Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.
Perkara pokok yang perlu dilakukan, pastikan setiap ahli dan penyokong keluar mengundi, selain itu atur strategi, mereka yang tergolong merah atau kelabu tidak keluar mengundi.
Akan tetapi kaedah ini sukar dilaksanakan jika calon atau parti yang dipilih tidak bertepatan dengan kehendak pengundi pada PDM atau pengundi pada kawasan tertentu, misalnya, di Parlimen Pensiangan, JIKA calon PBRS (BN) dipilih berbanding calon GRS, mungkin berlaku protes, kerana tidak patut yang ramai penyokong mengalah pada yang sedikit menyokong.
Memang betul, parlimen Pensiangan secara tradisi era kerajaan Barisan Nasional (BN) ditandingi PBRS, akan tetapi kecenderungan pengundi di kawasan parlimen tersebut telah berubah pasca PRU-14, seperti mana dibuktikan pada PRN-16 Sabah, apabila semua calon parti itu ditolak rakyat termasuk di dua DUN dalam Parlimen tersebut.
Mungkin semasa perbincangan agihan kerusi, PBRS tidak berkompromi dan menolak senario terkini atau keadaan terkini di kawasan parlimen tersebut, mengundang Timbalan Pengerusi GRS yang juga Presiden STAR- Datuk Dr Jeffery Kitingan mencadangkan pertandingan persahabatan, kerana bimbang kawasan tersebut jatuh ke tangan parti lain, kerana kesan protes daripada pengundi.
Di Sabah bukan perkara baharu, pengundi menolak calon yang tidak digemari, samaada bertindak tidak keluar mengundi atau memberi undi pada parti lain atau parti lawan.
Lagipun bukan lah perkara baharu dalam politik negara ini, sesebuah parti komponen memberi laluan pada parti yang lebih kuat termasuk tidak bertanding, seperti mana dilakukan parti IPF era Kerajaan Barisan Nasional, walaupun sebelumnya merupakan parti yang kuat, akan tetapi perubahan senario politik, menyebabkan sokongan pada itu menjunam, seperti halnya yang dihadapi PBRS, maka tidak bertanding berpenggal-penggal dan memberi laluan pada MIC di kawasan-kawasan tradsisi parti itu, untuk tujuan peluang kemenangan lebih terjamin.
Pada PRU kali ini, adalah tindakan terhormat bagi PBRS untuk tidak bertanding, sebaliknya memberi laluan pada rakan parti yang lebih berpeluang untuk menang. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment