Thursday, October 06, 2022

PRU PARLIMEN SABAH: GRS-BN PASTI TIDAK BERTEMBUNG

UNTUK memastikan kemenangan calon-calon GRS dan BN dalam PRU-15 yang hanya membabitkan parlimen di Sabah, dua blok parti itu tidak akan bertembung, sebalik bekerjasama, seperti mana berlaku pada PRN-16 Sabah yang menghasilkan Kerajaan GRS-BN Sabah.

Sabah yang mempunyai 25 kawasan parlimen, pada masa kini, komposisi masing-masing parti adalah GRS-8, Warisan-7, PH-5, BN-3 dan PBM-1, sementara parlimen Batu Sapi Kosong.

Isu antara dua blok parti itu hanya agihan kerusi.

Pengagihan kerusi selain menggunakan data mutakhir kekuatan masing-masing, juga akan menggunakan keputusan PRN-16 Sabah sebagai asas agihan.

Di pihak GRS, agihan antara parti-parti dalam gabungan tersebut diasaskan pada semangat tolak ansur, demikian juga mungkin digunakan antara para pemimpin dua blok parti itu.

Sudah tentu dalam agihan kerusi antara dua blok parti itu, tuntutan masing-masing tidak akan dapat dipenuhi, sebaliknya jalan tengah yang ditempuh, dan memilih kaedah menang-menang.

Sama-sama kita nantikan, komposisi 25 kawasan parlimen apabila diumumkan, selepas parlimen dibubar.

Hakikatnya, masing-masing blok tahu, kekuatan masing-masing, dan kebarangkalian untuk menang.

Oleh kerana GRS-BN adalah satu blok, maka lawan adalah daripada Warisan dan PH.

No comments:

Blog Archive