Thursday, October 06, 2022

PRU-15: NAMPAK DEKAT TETAPI JAUH

TIDAK salah berspekulasi berkaitan PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat, tetapi yang pasti, nampak dekat tetapi jauh.

Tanda-tanda itu, apabila beberapa Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan. Adalah buang masa membentangkan RUU jika tidak dibahas, diluluskan sehingga ke Dewan Negara.

Selain itu, pembentangan Bajet Tahun 2023, yang bakal menentukan hala tuju negara pasca Pandemik Covid-19, tidak memberi erti apa-apa jika tidak dibahas, diluluskan.

Juga pandangan Jemaah Menteri yang dikatakan majoriti menolak diadakan PRU-15 dalam masa terdekat atau tahun ini, atau semasa musim tengkujuh.

Kerajaan yang bertanggungjawab, akan mengadakan pilihan raya pada suasana yang sesuai dan kondusif, supaya para pengundi bukan sahaja selesa, akan tetapi tidak terganggu ancaman bencana.

Selain itu, kerajaan  hendaklah menggunakan pesta demokrasi untuk rakyat berpesta dalam suasana tanpa gangguan, agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam keadaan tenang.

Apa yang diharapkan dalam suasana yang bersesuaian dan tenang, semakin ramai rakyat keluar mengundi, dan hasilnya, mana-mana parti yang diberi mandat, adalah parti yang disokong suara majoriti.

Dikatakan semasa Yang DiPertuan Agong menerima menghadap Perdana Menteri pada petang Khamis, tidak membincangkan soal pembubaran Dewan Rakyat, sebaliknya hanya berkisar soal-soal pentadbiran negara.

No comments:

Blog Archive