Monday, October 03, 2022

PRU-15: PERATUSAN KELUAR MENGUNDI DIJANGKA RENDAH

TIDAK seperti PRU-14, keterujaan pengundi pasif dan atas pagar mengubah kerajaan, sehinggakan mereka yang jauh daripada PDM masing-masing bersusah payah mudik walaupun terpaksa berbelanja wang ringgit.

Akan tetapi sikap sedemikian tidak berlaku untuk PRU-15. Golongan rakyat bukan ahli atau penyokong politik bertindak acuh tak acuh, yang boleh ditafsirkan, tidak akan berlaku gelombang mudik besar-besaran, atau jika keadaan tidak kondusif semasa hari mengundi, mereka tidak akan memaksa diri untuk mengundi. Kecelaruan politik memberi kesan pada golongan ini.

Fakta menunjukkan pada PRN Melaka dan Johor, ahli dan penyokong parti yang keluar mengundi menyokong parti masing-masing.

Lambat atau cepatnya PRU-15, dijangka kecenderungan pengundi bukan ahli dan penyokong parti-parti politik akan kekal, akan tetapi jika pilihan raya diadakan pada masa yang bersesuaian, kondusif, termasuk bukan masa-masa kuliah atau sekolah dibuka, boleh mendorong mereka keluar untuk mengundi, dan kesannya cukup besar, kerana boleh menjadi game changer politik tanah air.

Nampaknya, parti-parti yang bersandar pada ahli dan penyokong tegar mahu status quo politik tanah air dikekalkan, atas sebab itu berusaha sangat, agar golongan yang boleh mengubah senario politik tanah air, jangan keluar mengundi.

No comments:

Blog Archive