Saturday, October 29, 2022

KEBARANGKALIAN KEPUTUSAN PRU-15 SABAH

SABAH hanya ada 25 kawasan parlimen. Berpandukan pada senario politik semasa, keputusan PRU lalu tidak berulang, melainkan berlaku perubahan yang sangat ketara.

Parti yang dijangka banyak kehilangan kerusi adalah Parti Warisan, mungkin menang di Parlimen Semporna, sementara DAP di Parlimen Kota Kinabalu dan Sandakan. 

Sementara PKR akan gagal menang sebarang kerusi. Akan tetapi kekemungkinan ini hanya berlaku, jika agihan kerusi antara GRS-BN menepati selera pengundi, selain ketepatan memilih calon-calon mewakili dua blok parti itu.

Pertembungan berbagai penjuru memberi kelebihan pada calon-calon GRS-BN, kerana mendapat manfaat daripada sistem First Past The Post (FPTP).

Memang dijangka akan berlaku persaingan sengit antara blok-blok parti yang bertanding, akan tetapi kelebihan jentera dan penyokong akar umbi memberi kelebihan pada calon-calon GRS dan BN.

Faktor yang menidakkan kemenangan sebanyak mungkin kerusi bagi calon-calon GRS/BN sangat terletak pada isu-isu dalaman antara dua blok parti itu. Jika semuanya teratasi, dan semua pihak berlapang dada, dan bergerak ke hadapan untuk memastikan kemenangan, maka terealisasilah misi dua parti itu untuk menang sebanyak mungkin kerusi.

No comments:

Blog Archive