Monday, September 05, 2022

PRU-15: KERAJAAN CAMPURAN YANG BAGAI MANA?

APAPUN analisis,pendapat berkaitan parti-parti yang bakal bertanding, apa yang pasti, tiga blok utama parti politik, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai kekuatan masing-masing.

Apabila berlaku Free Contest, maka akhirnya, tiada mana-mana parti mendapat jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Ada yang kata, mana-mana blok politik apabila mendapat sokongan daripada GPS Sarawak dan GRS Sabah, boleh membentuk kerajaan, akan tetapi melihat perkembangan, senario dan kecenderungan rakyat, terutama pengelibatan ramai pengundi pasif atau atas pagar termasuk pengundi muda, undi-18, andaian itu sukar menjadi kenyataan.

Kebarangkalian berlaku, mana-mana blok politik di Semenanjung kena bekerjasama, dan untuk tujuan mendapatkan kuasa 2/3 maka perlu sokongan GPS dan GRS.

Pendirian masing-masing blok politik untuk menggunapakai free contest, adalah laluan untuk kerajaan campuran.

Benarlah, PRU-15 adalah game changer politik tanah air, kerana julung kalinya berlaku kerajaan campuran melibatkan parti-parti, walaupun kerajaan campuran telah dirintis pada Mac, 2020, melalui ahli-ahli parlimen.

Kebarangkalian juga berlaku, demi visi Keluarga Malaysia, selepas PRU-15, tiada lagi blok pembangkang,melainkan semua bergabung tenaga, bekerjasama demi Negara dan Keluarga Malaysia. Tidak mustahil berlaku,kerana politik negara pasca PRU-14 sungguh dinamik, progresif dan penuh dengan kemungkinan.

No comments:

Blog Archive