Monday, September 05, 2022

BN SABAH BERGERAK SOLO- KAWASAN MANA BOLEH DIMENANGI?

BETUL, pada PRU-14 Barisan Nasional (BN) Sabah menang 10 kerusi parlimen, Umno-7, UPKO-1, PBRS-1 dan PBS-1. Daripada 10 kerusi itu, hanya berbaki 3, Umno-2 dan PBRS-1, manakala 7 lagi, kerana UPKO dan PBS keluar sebagai parti komponen, manakala 5 ahli parlimen memilih Bersatu sebagai platform baharu.

Sebelum PRU-14, BN menguasai 22 kawasan parlimen, Umno-14; PBS-4; UPKO-3; dan PBRS-1.

Meneliti PRN-16 Sabah, jika melihat kecenderungan pengundi, jika BN bergerak solo, tiada kawasan berpontesi dimenangi, malah memberi kelebihan pada parti Warisan di kawasan-kawasan tradisi parti itu. Akan tetapi pada masa sama memberi kesan pada GRS.

Hakikatnya, jika berlaku free contest, parti yang mengalami kekalahan adalah BN, manakala GRS, bakal menang sekurang-kurangnya 14 kawasan daripada 25 yang dipertandingkan. 11 kawasan lain akan dimenangi PH (DAP) dan Warisan.

Sebenarnya, jika tiada pertembungan antara GRS dan BN, jumlah kerusi yang bakal dimenangi berjumlah 20.

Faktor kemenangan GRS, kerana rakyat Sabah yakin dengan gabungan tersebut bergandingan dengan GPS Sarawak menjadi blok politik di Dewan Rakyat, untuk kepentingan dua wilayah, termasuk merealisasikan kandungan MA63.

Sepatutnya, jika BN menghormati aspirasi rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah, maka tidak akan bertindak berlawan, walaupun masih kekal dengan slogan LAWAN TETAP LAWAN, RADU SAMPAI RATA, sebaliknya kena ikut kehendak rakyat secara umum.

No comments:

Blog Archive