Wednesday, August 17, 2022

SKANDAL DANA AWAM- MENGHANTUI RAKYAT

TIDAK dinafikan, negara kita terus berhadapan dengan skandal dana awam, bermula daripada era Perdana Menteri ke-4.

Walaupun berlakunya ketirisan dana awam masa lalu, akan tetapi, aliran maklumat belum pantas, jika sampaipun pada pengetahuan rakyat, ianya telah basi dan lapok, namun selepas teknologi maklumat berkembang maju, terutama adanya kemudahan media atas talian, maka maklumat bergerak begitu pantas menyebar seluruh pelosok, asalkan ada talian internet. Apatah lagi, setiap orang, boleh menjadi wartawan segera.

Apabila timbulnya isu membabitkan dana awam, sudah tentu memlibatkan wang rakyat, maka mengundang kemarahan mereka, akhirnya bertukar pada kebencian dan mendorong mereka menolak parti-parti kerajaan.

Oleh kerana Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan, maka kemarahan rakyat pada parti itu secara berperingkat, akhirnya mengakhiri penguasaan parti itu pada PRU-14.

Rakyat mana tidak marah, jika pemimpin yang diharapkan, seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Kesan perbuatan pemimpin, terutama berkaitan 1MDB, dan kini LCS, TLDM warisan kerajaan Umno-Bn, sehingga kini menghantui rakyat.

Jika rakyat masih terkesan dan sedang dihantui kerana perbuatan segelintir pemimpin parti itu, yang kini masih dipertahankan parti, malah disanjung dan dipuja, sehingga ada pentaksub berdoa serupa hilang akal, cuba mempengaruhi rakyat agar rakyat mengembalikan mereka ke tampuk kuasa. Ya, bagi pemuja dan pentaksub, tetapi tidak bagi rakyat yang lain. Mereka yang menolak itu jumlahnya majoriti, pun demikian, dalam sistem demokrasi negara yang menggunapakai First Past The Post (FPTP), jumlah pentaksub aka penyokong tegar, walaupun minoriti akan tetapi boleh diterjemahkan pada kerusi yang banyak, seperti mana berlaku pada PRN Melaka dan Johor.

Cara menghalang parti itu kembali semula, hanya menerusi kaedah yang digunapakai pada PRU-14, parti-parti yang melawan perlu bekerjasama, selain meminta rakyat berduyun-duyun keluar mengundi terutama rakyat dalam golongan pasif atau atas pagar.

Negara, tidak boleh lagi menanggung kebocoran atau ketirisan dana awam, kerana bukan sahaja memudarat negara akan tetapi rakyat. Atas sebab itu, jadikan lah PRU-15, sebagai game changer politik tanah air, dengan memberi mandat pada pemimpin dan parti yang tidak terkait dengan isu-isu membabitkan dana awam, kerana bidalan mengajar kita, anjing mana tidak menghidu tahi. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive