Berbeza dengan 14juta pengundi sebelum ini majoriti terdiri daripada pengundi matang, termasuk separuh daripadanya ahli atau penyokong parti-parti politik, manakala daripada 23juta yang bakal mengambil bahagian pada PRU-15, nisbahnya cukup berbeza, atas sebab hampir 2/3 daripada jumlah itu selain pengundi pasif atau atas pagar, akan tetapi juga pengundi baharu termasuk undi-18.
Jumlah pengundi yang telah meningkat hampir 50%, disertai pula nisbah antara pengundi matang dan baharu yang amat ketara, ramai bimbang, termasuk Perdana Menteri, matlamat PRU-15 untuk mendapatkan kerajaan stabil yang dicerminkan oleh jumlah kerusi salah satu blok parti politik, sukar menjadi kenyataan, sebaliknya, kebarangkalian “Hung Parliment” akan berlaku.
Jika keputusan PRU-15 adalah demikian, maka penentuan Perdana Menteri, akan sekali lagi bergantung pada jalinan baharu parti-parti politik (bukan lagi ahli parlimen-impak RUU Anti Lompat), dan berulangi lagi, peranaan Agong, seperti mana perlantikan PM-8 dan PM-9.
Penulis yakin, pandangan Perdana Menteri paling relevan digunapakai, atas sebab, kepelbagaian sumber maklumat lebih meluas berbanding pandangan presiden atau pemimpin parti termasuk Presiden Umno.
Walaupun adanya kebimbangan akan berlakunya parlimen tergantung, Umno khususnya masih menggunapakai bergerak solo dalam kerangka Barisan Nasional, dan kekal pada pendirian untuk bertembung berbagai penjuru terutama melawan calon-calon Bersatu disetiap kawasan ditandingi parti berlambang bunga raya tersebut.
Bagi Umno, jika sebelum ini melawan parti Pas, kali ini melawan parti Bersatu, biar kampung tergadai, asalkan menang sorak.
Sesetengah pemimpin Umno, terlepas pandang, keadaan PRU-15 jauh berbeza dengan dua PRN sebelum ini, termasuk beberapa PRK pasca PRU-14, kerana mood semasa PRU sangat berbeza sepertimana berlaku pada PRU-PRU lalu.
Sementara Umno Semenanjung kekal dengan pendirian NO BERSATU, Umno Sabah pula bertindak berasingan/berbeza, apabila meneruskan kerjasama GRS-BN Sabah yang mana GRS berelemen Bersatu.
Umno Sabah mengambil keputusan, adalah lebih baik menggunapakai “ The Devil You Know Is Better than The Angel You Don’t”.
Umno-BN Sabah seperti juga GRS, lebih mengutamakan RAKYAT DAN NEGERI, berbanding blok politik atau pendirian politik, atas sebab semua pihak sangat memahami, akibat perpecahan politik di masa lalu, telah berimpak sangat besar terhadap kemajuan dan pembangunan negeri.
Dengan pendekatan demikian, GRS-BN Sabah akan berkolaborasi dengan GPS Sarawak untuk bersepakat, blok parti politik Semenanjung yang disokong selepas PRU. Keadah ini lah yang penulis maksudkan sebagai era baharu politik tanah air, atau game changer politik tanah air, atas sebab, julung kalinya Wilayah Sabah dan Sarawak kembali relevan dalam Persekutuan Malaysia, berbeza dengan pendekatan sebelum ini, dua wilayah itu, berstatus, seperti melukut ditepi gantang.
No comments:
Post a Comment