Saturday, August 27, 2022

PRINSIP PN- LAWAN MUNGKAR PILIH INTEGRITI: MUHIYIDDIN

RAKYAT menyadari, gesaan Presiden Umno agar PRU-15 diadakan segera, menunjukkan bahawa parti itu tidak sekuat mana, apa tah lagi, matlamat utama parti itu semata-mata untuk mendapat kuasa sebelum para pemimpin parti itu yang sedang dibicarakan atau yang akan dibicarakan dijatuhi hukuman.

Bagi Perikatan Nasional, munurut Tan Sri Muhiyiddin semasa merasmikan Konvensyen Perikatan Nasional di Serdang, Selangor, pada Sabtu, apa kah PRU-15 diadakan tahun ini atau pun tahun depan, bukan lagi isu, kerana penggal ke-14 parlimen sudah berada pada fasa terakhir.

Akan tetapi, seperti mana dipersetujui, antara PN dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan mengadakan PRU-15, hendaklah dipersetujui antara parti-parti yang menyokong beliau dilantik Perdana Menteri, bukannya keputusan uniletral seperti mana berlaku semasa pembubaran DUN Johor.

Jikapun, Perdana Menteri pura-pura lupa berkaitan persetujuan tersebut, dan akur dengan desakan parti beliau untuk membubarkan parlimen, walaupun tanpa persetujuan PN dan GPS, Perikatan Nasional sudah bersedia masuk gelanggang PRU-15.

Bagi PN menyertai pilihan raya adalah dengan tujuan melawan yang mungkar, dan mengajak rakyat untuk memilih para pemimpin yang berintegriti. 

Parti PN, bukan sahaja parti yang bebas isu-isu moral, akan tetapi sebuah parti yang terus prihatin kepada rakyat kerana itulah tujuan parti itu berada di dalam arena politik negara.

No comments:

Blog Archive