DUA faktor yang melakat pada Datuk Seri Najib Razak, faktor pertama penyebab Umno/BN tumbang (sudah berlaku), faktor kedua penyebab Umno/BN bangkit (telah terbukti pada beberapa PRK pasca PRU-14 dan dua PRN Melaka dan Johor).
Berhadapan PRU-15, Umno memperkukuh penggunaan nama mantan Perdana Menteri tersebut, dengan harapan boleh menggamit simpati kerana dipenjarakan.
Dikalangan pengundi tradisi atau penyokong tegar parti itu, sokongan dijangka semakin menyatu apatah lagi didorong tindakan kepemimpinan parti itu, membangkitkan emosi ke arah simpati, dengan gambaran, bahawa Datuk Seri Najib tidak mendapat keadilan.
Untuk rekod hampir 4 tahun Datuk Seri Najib turun naik mahkamah, akan tetapi barisan peguam beliau gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah bagi semua pertuduhan, apabila 9 hakim di tiga mahkamah, mensabitkan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
23 Ogos, adalah hari pertama Penasihat Barisan Nasional itu mula menjalani hukuman.
Mengharungi PRU-15, Umno mempunyai keyakinan menang, walaupun bersandar pada penyokong tegar/ahli parti yang berjumlah 3juta berbanding 23 juta pengundi, akan tetapi bulat pada calon-calon parti itu dengan memanfaatkan sistem First Past The Post (FPTP).
Apa yang menjadi halangan bagi parti itu, kebangkitan hanya berlaku pada kawasan majoriti melayu, bukan pada kawasan marjinal dan kawasan majoriti kaum cina.
Dijangka parti itu akan menang kerusi terbanyak di kawasan-kawasan sedemikian, akan tetapi jumlah itu belum cukup untuk menang pilihan raya, kerana untuk menang diperlukan 112 kerusi daripada 222 yang dipertandingkan.
Umno kena menerima hakikat sejak tahun 2008, parti itu tidak lagi menang melepasi angka 90, termasuk kawasan-kawasan parlimen di Sabah yang ditandingi parti itu.
Pandangan penulis, Jenama Najib atau BossKu hanya diterima dikalangan ahli/penyokong tegar parti itu.
Menyatukan semua penyokong tegar sangat membantu, apabila pertandingan berbagai penjuru, apatah lagi, antara PN dan PH, akan saling berebut undi, dikalangan pengundi pasif atau atas pagar. Keadaan sedemikian, boleh juga membantu rakan Umno seperti MCA dan MIC, untuk menang beberapa kerusi, membolehkan Umno-BN, bakal muncul blok parti yang menang kerusi terbanyak di Semenanjung.
Adalah lumrah bagi parti-parti Sarawak dan Sabah, akan menyokong blok parti yang boleh membawa kestabilan politik, pun demikian, sangat bergantung apa kah sebelum pembentukan kerajaan, akan berlaku penjajaran politik. Kebarangkalian itu akan berlaku, kerana politik negara ini telah menunju kedinamikan impak atau kesan PRU-14.
Jika penjajaran politik baharu tersebut bersandar pada pengertian, tidak mahu lagi kembalinya Umno-BN, maka, tidak mustahil, akan terbentuk kerajaan baharu kombinasi PH-PN-GPS-GRS, sebagai permulaan game changer politik tanah air. Dengan senario demikian, nama Datuk Seri Najib Razak, akan terus terpahat sebagai Perdana Menteri yang tumbang semasa berkuasa, selain Perdana Menteri pertama negara disabitkan hukuman penjara.
Umno menerusi “pengagungan” nama Datuk Seri Najib, menggunapakai metodologi yang sama, akan tetapi mahukan keputusan yang berbeza. Dengan cara demikian, parti itu terperangkap dengan ilusi sendiri.
Penulis yakin, tidak semua pemimpin, tidak semua ahli parti Umno, bersetuju menggunakan nama Najib Razak sebagai maskot, yang cuba dipotretkan sebagai seseorang yang tidak mendapat keadilan. Manakala yang menerima pembuktian di mahkamah berpendirian berasingan dan percaya semakin parti itu berafiliasi dengan mantan Perdana Menteri itu, maka rakyat majoriti semakin menjauh. Jika lah berulang, seperti mana pendekatan PRU-14, maka dengan sendirinya parti itu menerima kekalahan sebelum bertarung.
Jika memang, blok parti politik seperti PH, GTA dan PN, hanya gertak sambal atau gimik menolak Umno-BN kembali berkuasa, maka parti-parti itu, terus memilih free contest, kerana menerusi kaedah demikianlah, memberi peluang seluas-luasnya pada Umno-BN kembali menerajui Putrajaya.
No comments:
Post a Comment