Monday, August 29, 2022

DI SEMENANJUNG - BERBAGAI PENJURU-SEMAKIN TINGGI PELUANG BN

SEPERTI mana keputusan PRN Melaka dan Johor, kemenangan BN, kerana penyokong tegar dan ahli sebulat suara, walaupun peratusan lebih rendah berbanding jumlah pengundi, kerana perpecahan undi, kesan pertembungan berbagai penjuru.

Pada dua PRN tersebut, jika dilihat undi parti itu, tidakpun bertambah, melainkan, undi yang menyebabkan parti itu menang, adalah undi yang diperolehi semasa PRU-14, yang mana masa itu, parti itu mengalami kekalahan.

Jika pada PRU-15, berlaku juga pertembungan berbagai penjuru, maka peluang bagi BN adalah cerah, walaupun jumlah pengundi telah bertambah hampir 50%, termasuk undi-18.

Faktor yang membolehkan parti itu menang, kerana penyokong tradisi/tegar parti itu tidak goyah, dan kemungkinan mendapat undi tambahan pengundi atas pagar atas sifat simpati, memenjarakan Datuk Seri Najib Razak.

Tidak dapat disangkal, ramai pengundi menolak kemungkaran, salahguna kuasa, rasuah dan pemimpin kleptokrasi, akan tetapi undi mereka tidak bulat pada sesebuah parti, melainkan hampir merata, antara PH, PN, dan sebahagian memilih Pejuang.

PRU-15, walaupun setiap undi penting (every vote count), akan tetapi di kawasan majoriti melayu BN lebih ke hadapan, kerana faktor sistem First Past The Post.

Di kawasan-kawasan marjinal, ada kebarangkalian parti itu kalah, demikian juga di kawasan kaum cina.

Kebarangkalian keputusan pada PRU-15, di kawasan majoriti melayu, BN akan menang kerusi terbanyak, diikuti PN, kerana faktor parti PAS, manakala PH, akan menang di kawasan-kawasan tradisi kerana faktor pemimpin.

Di Semenanjung, kesan pertembungan berbagai penjuru, daripada 165 kerusi parlimen BN boleh menang antara 80-85 kerusi, atau the best 90 kerusi.

Untuk maksud majoriti mudah, mana-mana blok politik perlu menang paling sedikit 112 daripada 222 kawasan parlimen.

Adalah diramalkan, kemungkinan berlaku parlimen tergantung (Hung Parliment) kerana tidak adanya blok politik mencapai majoriti mudah, kecuali, berlaku penjajaran politik baharu.

Tidak dapat diramal, kombinasi blok politik mana akan berlaku, untuk mencapai majoriti mudah. Sama-Sama Kita Nantikan.

No comments:

Blog Archive