Friday, August 12, 2022

BERSATU TIADA PILIHAN TERPAKSA BERTEMBUNG DENGAN UMNO

UMNO Sabah kemungkinan tidak berganjak untuk bertanding di 14 kawasan yang biasa ditandingi parti itu, termasuk 5 kawasan yang dimenangi pada PRU-14.

Pada PRU-14 parti itu bertanding di Parlimen Kudat (menang), Kota Belud (kalah pada Warisan), Sepanggar (kalah pada Warisan), Papar (kalah pada Warisan), Kimanis (menang), Beaufort (menang), Sipitang (menang), Tenom (kalah pada DAP), Beluran (menang), Libaran (menang), Kinabatangan (menang), Silam/Lahad Datu (kalah pada Warisan), Semporna (kalah pada Warisan) dan Kalabakan (kalah pada Warisan).

Daripada 7 kawasan yang dimenangi tersebut, 5 daripadanya beberapa bulan selepas PRU-14 menyertai Bersatu. Dengan kedudukan tersebut, Umno Sabah berbaki 2 kawasan, iaitu Kinabatangan dan Kimanis.

Seperti juga pada PRN-16 Sabah, keinginan Umno menjadi parti dominan, maka bertanding kerusi paling banyak, sehingga berlaku pertembungan antara parti-parti yang sepasukan dengan parti itu.

Pemimpin Umno, masih terbawa-bawa dengan pecapaian masa lalu, sehinggakan nostalgia itu menyebabkan pemimpin parti itu masih menganggap bahawa sokongan pada parti masih berterusan, walaupun pada hakikatnya tidak, seperti mana keputusan pada PRU-14.

Seperti mana keputusan PRN-16 Sabah, daripada 31 yang ditandingi, parti itu hanya menang 14.

Jika dilihat trend pengundian pada PRU-16 Sabah, jika Umno, memilih free contest, tiada satu kawasanpun yang memberi kelebihan pada parti itu, berbeza dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mempunyai kelebihan di banyak kawasan, kecuali kawasan majoriti kaum cina dan Semporna.

Walaupun para pemimpin Umno, mengatakan bahawa isu kluster mahkamah dan 1MDB ada lah isu basi, kini berhadapan pula dengan skandal kapal TLDM, LCS yang hilang daripada radar, walaupun dana awam telah dibayar berjumlah lebih RM6bilion, dan ironinya, skandal tersebut masih berkaitan dengan pemimpin penyebab skandal 1MDB.

Mungkin Umno, sangat teruja dengan kemenangan pada PRN Melaka dan Johor, tanpa mengambilkira, faktor yang menyebabkan parti itu menang, sedangkan senario semasa dua PRN tersebut sangat berbeza dengan PRU-15, bukan sahaja membabitkan jumlah pengundi yang bertambah dengan signifikannya, akan tetapi melibatkan ramai pengundi baharu, termasuk undi-18.

Pada hakikatnya, penguasaan Umno telah berakhir pada PRU-14, akan tetapi mencuba bangkit semula dengan kaedah yang sekian lama digunapakai, sedangkan kaedah itu telahpun ditolak. Cara-cara atau pendekatan parti itu tidak banyak berubah, melainkan hampir sama.

Benar, Umno mempunyai ahli teramai yang boleh digunakan sebagai jentera, berbanding parti-parti lain, selain kekuatan kewangan, namun, kelebihan itu, tidak mampu menghalang rakyat majoriti memberi mandat pada parti lain.

PRU-15, boleh digambarkan sebagai game changer politik tanah air, kerana pada PRU tersebut, titik mulanya, satu pemerintahan yang berintegriti, bebas skandal dan salahgunakuasa.

Demikian juga di Sabah, pengundi Sabah akan memilih parti yang boleh diharapkan, mampu membawa ke mercu kejayaan, berintegriti dan bersih.

No comments:

Blog Archive