RASA mual dan muak rakyat terhadap perbuatan lompat parti, menyebabkan sebahagian besar tidak keluar mengundi. Kerana tindakan itu, maka kerajaan yang ditubuhkan hanya mewakili suara minoriti.
Penulis terbaca pendapat seorang mantan menteri yang tewas pada PRU-14, berhujah, bahawa rakyat tidak keluar mengundi juga satu pilihan, iaitu pilihan tidak menyokong mana-mana parti. Asas hujah itu menepis dakwaan kerajaan BN Melaka dan Johor adalah kerajaan minoriti.
Bagi pendapat penulis, pemimpin tersebut cuba menenggelamkan keputusan rakyat yang terkait dengan lompat parti.
Siapa yang tidak marah, selepas disokong menerusi undi, melalui parti yang diwakili, atas sebab memenuhi kepentingan peribadi, bertukar parti, sehinggakan kawan-kawan yang bermati-matian menyokong, berkerja siang malam untuk menang, tiba-tiba ditinggalkan terkapai-kapai. Jika di negara Amerika Latin, wakil rakyat seperti itu, pasti mati dihujung senjata.
Lain lah ceritanya, jika melibatkan parti, kerana tindakan seperti itu, dianggap keluar enblok atau berjemaah, kerana satu visi yang lebih baik.
Contoh tindakan parti kerana visi yang lebih baik, apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH), bersama kumpulan Azmin Ali, kerana tidak sanggup bersengkongkol dengan DAP yang memperkotak katikkan hak-hak bumiputera. Jika mereka ini tidak bertindak, maka mereka tergolong dayus. Dayus lebih berat kesannya berbanding bekerjasama dengan parti yang ada pemimpin kleptokrasi.
Pada PRU-15, rakyat tidak ragu-ragu lagi menyokong mana-mana parti yang disukai atau mana-mana calon yang dipadang perlu disokong, kerana ada jaminan, bahawa mereka ini, tidak akan melompat.
Kerana adanya undang-undang anti lompat, maka akan menyebabkan pengundi tidak segan silu untuk keluar mengundi. Kerana kemungkinan ini, maka semakin terbuka lah, peluang parti-parti yang bertanding. Ertinya, sukar sudah diramal, parti mana kah yang diberi mandat rakyat.
Kerana keadaan demikian, berulangnya keputusan PRN Melaka dan Johor, semakin tipis, kerana penyokong tegar Umno/BN hanya 40 peratus daripada keseluruhan pengundi.
Persoalanya, parti mana kah majoriti pengundi akan memberi undi?
Pengundi pasif, atas pagar, sudah tentu, tidak akan menyokong parti yang terpalit dengan berbagai isu moral, seperti rasuah, salah guna kuasa, kerana mereka tidak mahu sokongan mereka itu, membolehkan parti yang masih dipimpin pemimpin dalam kategori demikian mengurus dan memperintah negara.
Ada lah fakta PRU-PRU lalu, pengundi yang tergolong bukan penyokong tegar, tidak mengundi Umno/BN seperti mana pada PRU-14, yang menyebabkan parti yang berkuasa sejak merdeka tumbang.
Pengundi dalam kategori ini, akan menghantui Umno/BN dalam usaha kembali berkuasa, walaupun parti itu tersangat yakin, akan kembali merampas Putrajaya.
No comments:
Post a Comment