SEMUA keadaan yang disenaraikan pada tajuk artikel ini, sedang melanda negara, sedang dirasai rakyat.
Hakikatnya fenomena harga barang naik, ringgit lemah, kuasa beli ringgit melemah bermula seawal tahun 2015, akan tetapi kurang dirasai, kerana tindakan campur tangan kerajaan menerusi pemberian subsidi dan bayaran tunai.
Berlakunya masalah 3 serangkai ini disebabkan oleh gabungan berbagai faktor, baik secara langsung mahupun tidak. Faktor-faktor tersebut antara lain adalah skandal 1MDB, pandemik Covid-19, krisis geo-politik, peredaran wang tinggi (kesan pengeluaran KWSP dan bantuan tunai).
Untuk menenangkan rakyat, kerajaan bertindak seperti tape rosak, mengulang-ulang jumlah subsidi yang berjumlah RM77.7 bilion bagi tahun ini, mengulang-ulang asas ekonomi negara kukuh.
Sepatutnya kerajaan alert, apabila ringgit tidak bertindak balas terhadap kenaikan minyak, yang biasa bergerak bersama, melainkan sebaliknya, maka sesuatu yang serius sedang berlaku.
Apabila nilai wang menjunam, maka jika dihubungkan dengan harga barang yang menaik, maka berlaku double trouble atau yang disebut hiperinflasi. Isunya, disposible income rakyat yang stagnant atau ada yang berkurang, maka sangat memberi kesan luar biasa, terutama pada golongan B40.
Tindakan intervensi kerajaan dalam jangka pendek, menaikan edaran wang atau mengisi poket rakyat dengan wang, akan memperburuk keadaan dalam jangka masa panjang. Akan tetapi tindakan ini lebih bersifat popular, kerana rakyat yang dibantu dengan cepat mendapat manafaat sementara.
Mungkin ramai rakyat tidak mengetahui, bahawa edaran wang dalam negara sudah 2 kali ganda berbanding GDP, ertinya secara diam-diam kerajaan mencetak wang, untuk diagihkan pada rakyat, terutama pengeluaran wang KWSP yang menjadi senjata sesetengah pemimpin politik, termasuk BossKU, tetapi, menyembunyikan kesannya terhadap harga barang dan inflasi.
Dalam usaha menenangkan keresahan rakyat, kerajaan menubuhkan jawatan kuasa jihad inflasi, sedangkan jawatan kuasa seperti itu, tidak akan mampu berbuat banyak, kerana seriusnya penurunan nilai mata wang ditambah kurang kuasa beli, terhadap semua jenis barang dan perkhidmatan, sedangkan jawatan kuasa itu hanya fokus untuk barangan popular, seperti ayam dan minyak masak.
Dalam situasi sekarang, dakwaan sesetengah pihak, bahawa pendekatan politik boleh mengatasi masalah 3 serangkai ini, menerusi PRU-15 lebih awal, hanya cubaan mengalih pandang perhatian rakyat, atas sebab tiada sesiapa yang mempunyai lampu alladdin, jauh sekali mereka yang menjadi punca pada masalah-masalah ini.
Apa yang pasti, rakyat kekal sebagai mentimun apabila dilonggokkan dengan durian, mengelak kena, tetap ditempat kena.
No comments:
Post a Comment