Saturday, April 16, 2022

PEMILIHAN DSIS UMNO BUKA KARTU-ELAK TEKA TEKI

PARTI Umno membuat keputusan betul dan tepat, apabila menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) calon Perdana Menteri dan poster boy berhadapan PRU-15.

Menamakan calon PM, isu pertama yang dirungkai adalah membuka kartu- mengelak teka teki atau kesimpang siuran.

Dengan menamakan DSIS, maka parti-parti lawan perlu kembali ke “drawing board” strategi apa yang digunapakai.

PRU-15, akan dilihat sebagai pertembungan personaliti, antara calon-calon PM, bukannya parti mana yang membentuk kerajaan. Berbeza dengan PRU-14, agenda bagai mana menumbangkan Barisan Nasional (BN) hanya kerana mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana PRU-15, rakyat akan mengundi pemimpin mana bakal menjadi Perdana Menteri, maka menamakan calon lebih awal untuk jawatan tersebut, memudahkan pengundi membuat keputusan awal sebelum ke peti undi.

Terserah pada mana-mana parti untuk menamakan calon Perdana Menteri mereka. Kegagalan menamakan, maka keputusan PRN Melaka dan Johor akan berulang.

Berhadapan dengan PRU seperti PRU-15, strategi kena tepat dan betul, selain telus dan jelas, supaya rakyat tidak berhadapan dengan teka teki. Era sekarang, berteka teki lebih banyak kekurangan berbanding kelebihan.

Memang betul, parti yang bertanding. Tetapi juga, pengundi melihat, calon PM daripada parti mana. Rakyat tahu, parti yang diwakili calon PM perlu menang cukup kerusi agar calon tersebut boleh dilantik ke jawatan tersebut.

Pengundi negara ini, melihat calon PM itu, in command, tangkas, memahami aspirasi dan permasalahan rakyat, secara praktikal, bukan sebaliknya. Kerana pertimbangan ini, maka mana-mana parti perlu menamakan calon PM masing-masing yang memenuhi kretiria itu.

Untuk sementara, selepas Umno/BN menamakan calon PM, kemungkinan Perikatan Nasional (PN) menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, manakala Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Parti-parti kecil lain, walaupun turut sama menamakan calon mereka, diramal tidak memberi saingan pada tiga nama tersebut.

No comments:

Blog Archive