RAKYAT Sabah terpaksa menunggu 52 tahun sejak tahun 1969, bagi kenaikkan 4.7 kali ganda Pemberian Khas Kerajaan Persekutuan kepada Sabah daripada RM26.7 kepada RM125.6juta bagi tahun 2022.
Walaupun angka itu dijangka meningkat untuk tahun 2023-2026, akan tetapi amaun peningkatan sedang dalam perundingan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Antara terma yang digunapakai, jika sekiranya satu amaun baharu lebih tinggi berbanding pemberian khas bagi tahun 2022, maka amaun baharu tersebut akan digunapakai sebagai asas bagi tahun 2022.
Moral daripada peningkatan pemberian khas ini, berlaku, kerana perubahan senario politik tanah air impak PRU-14. Jika sekiranya, tidak berlakunya perubahan politik tanah air, ada kebarangkalian, rakyat Sabah kekal dengan amaun 52 tahun lalu.
Rakyat Sabah patut melihat, mengapa kah Pemberian Khas tersebut “termandul” selama 52 tahun? Sedangkan rakyat Sabah menyokong Kerajaan Persekutuan!!!.
Sebagai imbas kembali, sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963, parti Umno adalah tunjang kerajaan Persekutuan, sehingga lah parti itu kehilangan kuasa pada tahun 2018.
Kerajaan Persekutuan hari ini, adalah kerajaan Keluarga Malaysia, walaupun berperdana Menterikan daripada Umno , akan tetapi disokong oleh Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) yang mewakili jumlah kerusi terbanyak.
Peningkatan 4.7 kali ganda Pemberian Khas kepada Sabah adalah hasil komitmen kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terus berbincang dengan Kerajaan Keluarga Malaysia.
No comments:
Post a Comment