Monday, April 18, 2022

BUBAR PARLIMEN-ANTARA PERDANA MENTERI DAN AGONG

PROSES membubarkan parlimen adalah antara Perdana Menteri dan Agong.

Jika Perdana Menteri berhasrat membubarkan parlimen, maka memberi nasihat pada Agong untuk membubarkan parlimen, jika diperkenaan, maka bubar lah parlimen. Jika tidak, maka Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan, untuk Agong melantik Perdana Menteri baharu.

Tidak pernah terdengar selepas 14 kali parlimen dibubar, ada yang tahu akan bila parlimen dibubar, kerana rahsia itu hanya pada Perdana Menteri.

Sekarang ini, ramai sangat mengulas berkaitan persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan yang akan tamat pada 31 Julai ini yang dikaitkan dengan pembubaran parlimen. Atas sebab itu, ramai yang meramal, parlimen akan dibubar selepas tarkih tersebut, walaupun PH bercadang mempertahankan MoU tersebut jika boleh sehingga tamat penggal, iaitu tahun 2023.

Asas MoU itu sebenarnya memenuhi titah Agong dan Raja-raja Melayu, untuk mengwujudkan kerajaan stabil menerusi kestabilan politik, semata-mata untuk berhadapan dengan tiga krisis serangkai- Krisis Kesihatan-Krisis Ekonomi-Krisis Politik.

Kini, tiga krisis serangkai hampir melabuhkan tirainya. Tiga faktor ini menghalang pembubaran parlimen sejak Februari,2020.

Sekiranya Perdana Menteri selepas 31 Julai menghadap Agong mohon perkenan pembubaran parlimen, tiada siapa yang boleh menghalang, kerana ianya prerogatif beliau. Perdana Menteri tidak perlu berbincang atau mendapat persetujuan daripada mana-mana pihak, termasuk lah kabinet, seperti mana dilakukan oleh mantan MB Johor- Datuk Hasni Mohammad, yang bertindak secara uniletral.

Jika Perdana Menteri berpandangan, bahawa masa sekarang, ada lah masa sesuai untuk rakyat memilih kerajaan baharu, maka beliau hanya memohon perkenan menghadap Agong, untuk menyembah permohonan membubarkan parlimen.

Benar, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) menjadi Perdana Menteri kerana sokongan parti-parti lain, seperti juga Datuk Hasni Mohammad, menduduki jawatan MB kerana sokongan parti-parti lain, tetapi, kedudukan itu tidak menghalang beliau bertindak secara uniletral.

Pada keadaan sekarang, terpulang kepada Perdana Menteri, apa kah mahu mengadakan PRU-15 mengejut atau menunggu sehingga tamat penggal.

Mungkin Perdana Menteri maklum bahawa kerajaan yang beliau pimpin telah diendorse oleh rakyat, kerana di mata mereka, kerajaan telah bertindak sebagaimana mestinya sebuah kerajaan.

Melihat cara kerajaan memerintah dan mentadbir, sepatutnya perlu berterusan sekurang-kurangnya setahun lagi, agar semua yang dirancang menjadi kenyataan dan dirasai rakyat.

Penulis sebagai sebahagian daripada rakyat berpendapat, walaupun perlaksanaan PRU-15 dirasakan sudah kondusif untuk diadakan, akan tetapi, tidak menepati aspirasi rakyat secara keseluruhan, kerana bagi rakyat, harapan daripada kerajaan off the day adalah pembelaan, dan tiada siapa yang boleh menafikan, bahawa kerajaan hari ini tidak membela rakyat. Pendekatan kerajaan hari ini yang bervisi Keluarga Malaysia, sememangnya bertepatan, dan sepatutnya berterusan dan dikekalkan sebagai asas pemerintahan negara. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive