Friday, April 15, 2022

BERBALOI KAH KENAIKKAN 4.7 KALI GANDA PEMBERIAN KHAS PERSEKUTUAN?

TAHUN 1969, harga gula 15 sen sekati atau 30 sen sekilogram. Jika dipadankan dengan pemberian khas berjumlah RM26.7 juta,maka wang itu boleh membeli 89juta kilogram gula.

Tahun 2022, harga gula RM2.85 sekilogram, maka untuk mendapatkan 89juta kilogram diperlukan RM253,650,000.00.

Oleh kerana pemberian khas Persekutuan untuk tahun 2022 hanya berjumlah RM125.7juta, maka gula yang boleh dibeli hanya 44,105,263kg atau 44.1juta kilogram. Dengan jumlah itu, maka berkurang 44,894,736kg (50.44%).

Selepas menunggu 52 tahun, kemudiannya pada tahun ke-53 amaun yang diberi bertambah 4.7 kali ganda, akan tetapi kuasa belinya hanya 49.56%.

Melihat daripada segi nilai, RM26.7 juta pada tahun 1969 lebih tinggi berbanding RM125.7juta. Pun demikian, peningkatan pemberian tersebut secara nominal dilihat sebagai satu kejayaan, atas sebab, ianya hanya berlaku selepas setengah abad.

Penulis tertanya-tanya, mengapa kah Kerajaan Persekutuan mengambil masa yang begitu lama melaksanakan penyelarasan berkaitan pemberian khas tersebut, kerana ianya memangpun termasuk dalam Perlembagaan negara, malah sebahagian butiran dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hakikat perlu diterima, peningkatan amaun Pemberian Khas kepada Sabah berlaku apabila berlaku perubahan politik tanah air impak PRU-14. Tidak terbayangkan jika tiadanya perubahan politik, kebarangkalian rakyat Sabah perlu menunggu setengah abad lagi untuk mendapatkan bayaran khas yang sememangnya perlu dibayar.

Apapun tahniah pada kerajaan off the day, Kerajaan Keluarga Malaysia dan Kerajaan GRS-BN Sabah,kerana berjaya memecahkan kebuntuhan yang termandul berdekad lamanya.

No comments:

Blog Archive