Thursday, February 24, 2022

PERSEPSI TERHADAP PEMIMPIN POLITIK SUDAH BERUBAH?

PERBUATAN 
songsang, mencuri, salah guna kuasa, pecah amanah, rasuah, dahulunya adalah perbuatan yang memalukan, menjijikkan, perbuatan jelek, melanggar undang-undang, melanggar norma kehidupan, namun  KINI diterima sebagai sebagai norma baharu?

Kerana penukaran itu, mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan songsang, mencuri, salah guna kuasa, pecah amanah masih disokong, dipuja, kerana dipandang tidak salah, tiada masalah, jika perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang termasuk dalam kategori pemimpin.

Perbuatan seperti itu hanya salah, hanya terpakai, pada mereka yang bukan kategori pemimpin. Oleh kerana perbezaan itu, maka biasa kita dengar, biasa kita baca, mereka yang mencuri telur ayam lebih berat hukumannya berbanding mereka yang mencuri puluhan juta ringgit.

Sejak akhir-akhir ini, sudah menjadi trend, perbuatan pemimpin, walaupun mahkamah mendapatinya salah, bukan lah sesuatu yang memalukan, akan tetapi sesuatu yang dibanggakan, suatu pencapaian luarbiasa, malah menjadikan seseorang yang dihukum bersalah itu menjadi ikon, malah menjadi pendorong pada satu kebangkitan.

Sejarah politik dunia, memang diratah, kerana biasanya suatu tamadun yang runtuh itu, akan runtuh selamanya. Banyak parti politik di dunia yang hilang kuasa, tetapi tidak bangkit-bangkit, berbeza dengan parti tertentu yang kelihatan bangkit dalam masa singkat, kerana pemimpin parti itu mampu menukar, kelemahan atau kekurangan menjadi kekuatan, menukar norma yang dianggap jelek, busuk dan kotor, kepada cantik, wangi dan bersih.

Jangan salah kaprah, bukan semua rakyat menerima perubahan norma baharu tersebut, ianya hanya diterima oleh penyokong tegar dan ahli parti itu. Oleh kerana jumlah golongan ini hampir 40 peratus daripada mereka yang telah terdaftar sebagai pengundi, dan akan sentiasa turun full force pada pilihan raya, maka calon-calon parti itu boleh menang kerusi, walaupun bukan undi popular, kerana baki 60 peratus pengundi, terpecah pada parti-parti lain.

Mengekang kemarahan, parti yang berjaya menukar norma-norma yang diamalkan sejagad sebagai jelek, jijik dan kotor, kepada kekuatan, hanya melalui pengundi pasif dan atas pagar, yang jumlahnya lebih separuh daripada jumlah pengundi. Fikir-Fikirkan.

1 comment:

lee said...

PLEASE ALL MCA MEMBERS FAR FROM YIP KUM FOOK!
请远离马华党员 叶金福!

敬爱的马华公会中央领导層,
现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

This Datuk is very bad like a dog; everyone has to send any message to the King(Agong) because it is a shame for the whole of Malaysia to be called Datuk
By Ng Swee Huat, Kepong

Blog Archive