Friday, December 24, 2021

SIAPA YANG KERJASAMA DENGAN WARISAN BAKAL TERKUBUR

MANA-MANA parti daripada Barisan Nasional jika berkerjasama dengan Parti Warisan akan seperti Parti UPKO, hampir terkubur kerana ditolak rakyat.

Provokasi penyokong parti Warisan, kononnya Kerajaan Sabah bakal bertukar, kerana Warisan akan bekerjasama dengan Umno Sabah untuk menggantikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Kerana lemahnya matematik penyokong Warisan yang menulis melalui blog edisisiasat.com, kononnya Warisan yang mempunyai 20 kerusi bersama Umno 16 (termasuk ADUN lantikan), maka mempunyai majoriti mudah daripada 79 kerusi DUN. Majoriti mudah bagi 79 adalah 40 bukannya 36!!!.

Jika benar berlaku penjajaran baharu antara Warisan dan Umno, maka kerajaan negeri bakal tumbang, dan perlu diadakan semula PRN, kerana tiada parti yang boleh membentuk kerajaan, kecuali ada parti lain menjadi sebahagian daripada penjajaran baharu tersebut. Parti lain itu, samada DAP dan PKR, atau ada parti daripada GRS.

Andai kata, Umno pejam mata, dan menjadikan realiti kehendak penyokong Warisan, agar parti pimpinan Shafie itu menjadi kerajaan semula, maka Umno sebenarnya menggali kuburnya sendiri, dan mencontohi apa yang berlaku pada UPKO.

Memang pun tulisan bertajuk “Hajiji Bakal Disingkirkan” hanya khayalan penulis pro Warisan tersebut, kerana mendasari khayalan- dalam politik itu tiada yang kekal dan penuh dengan kemungkinan. Akan tetapi, biarlah khyalan tersebut, ada kelojikan dan bakal berlaku. Di sudut khayalan penulis tersebut, perlu juga memberi nilai, apa matlamat Umno Sabah, khususnya Pengerusinya, untuk menjatuhkan kerajaan sendiri?, semata-mata mengangkat Shafie sebagai Ketua Menteri!!!! Selain itu sanggup kah akar umbi parti itu menerima pemimpin Warisan? Apa kelebihan menyokong pemimpin Warisan seperti Peter Anthony? Atau Darell Leiking atau Jaujan Sambakong? Atau kah, apabila Umno bekerjasama dengan Warisan, maka parti itu semakin diterima rakyat Sabah??? Sedangkan Warisan adalah parti yang sedang bersaing dengan Umno, dan punca parti itu kehilangan banyak kerusi pada PRU-14 dan PRN-16 Sabah.

Tidak terfikir kah oleh penulis blog tersebut, bahawa Umno Sabah adalah pendokong kuat Sabah Maju Jaya menjelang tahun 2025, seperti mana digariskan oleh kerajaan GRS!!!.

Tidak terfikir kah oleh penulis tersebut, bahawa Warisan tiada masa depan politik? Dan tiada parti Sabah yang bakal bekerjasama dengannya. Parti berlambangkan perahu layar tersebut, hanya menunggu untuk tenggelam, itu lah realiti...

1 comment:

lee said...

Dear All MCA Members in respect,
That Yip Kum Fook of head Gombak and Yip Jiun Hann MCA Youth chief Gombak or father and son trying to grab the High Committee MCA party on this December
We hope that members of MCA party considering profuse, please not vote to people have two faces because their behaviour are very bad for Chinese community in Malaysia.
They used the power politic to cheating female, destroying others family , until the money SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, DESA JAYA, KEPONG, KL ,and dare swallow money of Buddhist temple and Indian temple land in Taman Daya he was burning to getting rich for own greed.
If this kind of opportunist groups supported the MCA party and we believe that this MCA party will not grown forever.
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

Blog Archive