Saturday, November 06, 2021

PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN TIGA PENJURU-BN-PH-PN


Barisan Nasional (BN) bertanding 28 kerusi pada PRN Melaka, yang terdiri daripada 20 calon Umno, 7 MCA dan satu MIC.

Pakatan Harapan (PH) juga akan bertanding disemua kerusi, yang terbahagi, PKR-11, Amanah-9 dan DAP-8.

Untuk sementara, PN yang juga akan bertanding seluruh DUN, belum mengumumkan agihan kerusi, antara Bersatu, Pas dan Gerakan.

Di pihak PN,besar kemungkinan jumlah kerusi antara Bersatu dan Pas akan seimbang, manakala Gerakan akan bertanding 8 kerusi.

Apa yang menarik pada PRN Melaka ini, hanya tiga logo digunakan, iaitu logo dacing mewakili BN, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Ada dua kemungkinan bakal berlaku pada PRN Melaka kali ini, iaitu jika peratusan pengundi keluar mengundi tinggi, kebarangkalian keputusan PRU-14 berulang, jika sebaliknya, BN akan kembali menguasai negeri tersebut.

Perlu diterima hakikat, baik PH mahupun PN, sukar menembusi penyokong tegar Umno khususnya mereka yang menetap di kawasan-kawasan majoriti melayu, demikian juga kesukaran BN dan PN menembusi penyokong PH, khususnya penyokong DAP di 8 kawasan majoriti kaum cina.

Pertembungan tiga penjuru boleh memberi kelebihan pada PH, jika peratus yang keluar mengundi tinggi, manakala jika peratusan rendah, lebih berpihak pada BN.

Diperkirakan, peratusan yang turun mengundi akan rendah, terutama daripada kaum cina, kerana kaum ini, tidak akan mengambil risiko terjangkit Covid-19. Selain itu, tiadanya perai undi secara besar-besaran, kerana kekangan SOP yang diperkenalkan, tanpa perhimpunan sosial yang melibatkan ramai peserta.

Semua pihak akan bersandar pada keputusan awal pengundi. Ertinya, mana-mana parti yang ramai penyokong tegar, maka parti itu lah yang mendapat kelebihan pada PRN Melaka kali ini.

No comments:

Blog Archive