Tuesday, October 05, 2021

KEPUTUSAN PRN MELAKA-GAMBARAN SEBENAR PRU-15


MUNGKIN disengajakan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, untuk memberi laluan PRN-15 negeri tersebut.

Melaka boleh menjadi testing ground bagi tiga puak- Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU-14, BN menang 13 kerusi DUN (semuanya calon Umno), manakala PH 15 (DAP-8, PKR-3, Bersatu-2 dan Amanah-2).

Mata akan tertumpu pada PRN Melaka, kerana sebarang keputusan adalah gambaran sebenar keputusan PRU-15 di Semenanjung.

Apa yang jelas menerusi pilihanraya ini, BN dan PH akan bertanding seluruh DUN, dan PN akan berbuat sama.

Di pihak BN, jelas semua kawasan melayu akan ditandangi Umno seperti yang lalu-lalu. Di pihak PH pula, kawasan-kawasan tersebut akan ditandingi samada oleh PKR, Amanah atau DAP. Di pihak PN, jelas agihan kerusi antara Bersatu dan Pas .

Jika agihan kerusi antara Bersatu dan Pas berlaku, maka jelas parti itu bersama PN, termasuk lah pada PRU-15. Dan mungkin juga berlaku, Umno dan Pas akan mengagihkan kerusi untuk tidak saling bertembung, dan calon parti itu hanya akan berhadapan calon PH.. tapi ianya sukar berlaku secara praktikal.

Dalam senario politik sekarang, keputusan agihan kerusi, bergantung pada pihak mana yang memerlukan sebagai jaminan untuk menang.

Jika Umno mengekalkan jumlah kerusi yang ditandingi seperti PRU-14, maka dengan sendirinya menunjukkan, bahawa parti itu tidak memerlukan sokongan parti Pas. Manakala bagi Bersatu, PRN Melaka ini, ada lah testing pertama di bumi Semenanjung, sekali gus testing pertama bagi PN.

Akan berlaku kah keputusan seperti PRN-16 Sabah, yang mana tiada parti yang boleh menubuhkan kerajaan tanpa sokongan parti lain? Sama-sama kita tunggu dalam tempoh 60 hari daripada sekarang.

Nota: DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober dan diwartakan pada 5 Oktober (hari ini).

No comments:

Blog Archive