Thursday, September 30, 2021

WUJUD KAH LAGI MUAFAKAT NASIONAL?


TAJUK di atas ada lah jawapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada soalan wartawan, berkaitan Muafakat Nasional yang dimaterai antara Umno dan Pas pada September, 2019.

Muafakat Nasional (MN), hanya berbentuk persefahaman, belum berdaftar sebagai sebuah parti.

Pas selain menyertai Perikatan Nasional (PN), juga pengasas bersama Bersatu (PPBM) dan telah berdaftar sebagai sebuah parti.

Pada PRN-16 Sabah, PN menyertai pilihan raya, bersama BN dan PBS dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Semalam, GRS menyambut ulang tahun pertama menerajui kerajaan Negeri Sabah.

Sementara Pas menjalin hubungan dengan Bersatu dalam PN, juga bersama Umno dalam MN.

Parti berlambangkan bulan tersebut, sedang berhadapan dengan pilihan, berhadapan dengan PRU-15, samada bersama PN atau MN, kerana hanya satu sebab, Bersatu dan Umno saling bertembung. Pun demikian, untuk sementara, Pas bertindak berkecuali (hubungan antara Bersatu dan Umno), kerana masih berpendirian, akan terus bersama PN dan MN.

Pendirian terakhir PAS, akan diketahui, apabila parlimen bubar, dan PRU-15 diadakan. Untuk sementara, sebarang keputusan mengenainya masih berada pada “drawing board”.

Apa yang pasti, Umno telah membuat ketetapan tidak ada kerjasama dengan Bersatu, walaupun parti berlambangkan bunga tersebut, seperti juga PAS, masih berharap, jangan berlaku pertembungan antara parti-parti tersebut.

Apa yang bakal dihadapi PAS adalah, di mata Datuk Seri Ahmad Zahid, MN itu hanya rekod di atas kertas, dan tidak wujud lagi. Di mata Umno, adalah tidak praktik, dalam pilihan raya, berkaitan pendirian parti pimpinan Datuk Seri Haji Hadi Awang tersebut.

Persoalan yang sama juga, wujud dalam GRS, kerana dalam gabungan tersebut wujudnya hubungan antara Umno dan Bersatu, akan tetapi di Sabah, adanya keunikan hubungan politik, dan diyakini, para pemimpin dalam gabungan tersebut mampu merungkai mengwujudkan situasi menang-menang dalam PRU-15 yang hanya melibat parlimen di Sabah.

Bukti itu, dapat dilhat semasa sambutan tahun pertama kerajaan GRS di SICC, Tanjong Lipat, Kota Kinabalu pada Rabu, yang dihadiri oleh semua pemimpin parti dalam gabungan tersebut.

PRU-15, adalah pilihan raya, sebagai pengabsahan keputusan PRU-14, parti mana yang diberi mandat oleh rakyat. Jika rakyat kekal dengan pendirian seperti PRU lalu, maka Pakatan Harapan (PH) akan menang. Dan, jika rakyat memberi pertimbangan pada senario politik selepas itu, dan impak daripada pandemik Covid-19, maka rakyat akan membuat pilihan baharu.

Jika merujuk pada pengabsahan, rakyat Sabah membuktikan, parti yang menang dalam PRU-14, dimenangkan juga pada PRN-16 Sabah, walaupun menerusi penjajaran politik baharu. Senario ini lah yang perlu dipertimbangkan samada oleh Umno, Bersatu dan Pas dalam PRU-15. Jika gagal mencari formula jitu, maka besar kemungkinan rakyat akan mengekalkan pilihan mereka seperti PRU lalu.

Para pemimpin parti politik perlu sedar, keputusan di tangan rakyat. Tidak mudah melakarnya di atas kertas.

Pada PRU-14, walaupun BN, dijangka kehilangan beberapa kerusi, akan tetapi di luar perkiraan semua pihak akan tumbang. Pada PRU itu, BN yang diterajui UMNO, bukan sahaja cukup kuat di atas kertas, akan tetapi mempunyai sumber kewangan yang cukup banyak, dibantu jentera yang cukup, selain kerajaan “under taker”.

Kekuatan BN (UMNO) berhadapan dengan PRU-15, tidak seperti mana PRU-PRU lalu, selain jumlah parti yang hanya berbaki 4 (Umno-MCA-MIC-PBRS) daripada 13. Komponen parti itu PBRS, gagal menang sebarang kerusi pada PRN-16 Sabah.

Pun demikian, oleh kerana pimpinan Umno merupakan Perdana Menteri, dan sudah tentunya akan kekal Perdana Menteri semasa PRU-15, semua pihak mengharapkan sentuhan magic beliau, agar sebarang keputusan berhadapan dengan PRU tersebut sesuai dengan aspirasi rakyat secara umum, seperti mana digambarkan menerusi PRN-16 Sabah.

Akan ada kah sentuhan magic tersebut? Sebagai jawapan pada pendirian yang bersifat provokasi seperti tajuk tulisan ini? . Sama-sama yang nantikan!!!!.

No comments:

Blog Archive