Monday, September 13, 2021

PALSU DOKUMEN: PETER ANTHONY GUNA TAKTIK TIDAK WAJAR MEMPERLAMBAT PERBICARAAN

PEMIMPIN parti Warisan Sabah-Datuk Peter Anthony yang berhadapan perbicaraan pemalsuan dokumen, cuba menangguh perbicaraan, dengan memberi alasan menghadiri Sidang DUN Sabah yang diadakan pada 21-23 September ini.

Sambungan perbicaraan Naib Presiden parti Warisan tersebut dijadualkan pada 20-21 September.

Persidangan DUN Sabah yang akan dirasmikan oleh TYT Sabah pada 21 September, hanya mempunyai satu agenda, iaitu perasmian.

Dalam majlis perasmian, ketidak hadiran seorang ADUN, tidak menyebabkan kecacatan majlis tersebut, atas sebab, tidak melibatkan sebarang hujah daripada mana-mana ADUN. Seseorang ADUN, boleh memohon kebenaran daripada Speaker untuk tidak hadir.

Hakim Seksyen telah membenarkan Peter untuk tidak hadir, dan beliau perlu diwakili peguam beliau mengikuti perbicaraan. Namun, Peter tidak bersetuju, dengan memberi alasan, bahawa beliau perlu hadir di mahkamah untuk memberi arahan kepada peguam beliau.

Walau bagaimanapun, permohonan Peter tersebut tidak dipersetujui pendakwaraya, sebaliknya meminta agar Peter hadir pada jadual yang ditetapkan. Menurut pendakwaraya, Peter boleh hadir pada 20 dan 21 September, dan kembali ke Sabah untuk menghadiri sidang DUN pada 22 September, kerana pada tarikh tersebut, para ADUN mula berucap.

Peter memohon, agar perbicaraan beliau disambung pada 29 &30 September atau tarikh lain yang ditetapkan mahkamah. Permohonan Peter itu dibantah pihak pendakwaraya, kerana Peter cenderung melengah-lengahkan masa, seolah-olah menunggu masa, agar para saksi yang berusia, kehilangan kemampuan ulang alik ke mahkamah.

Naib Presiden Warisan tersebut didakwa sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu surat Pejabat Naib Canselor Universiti Sabah (UMS) bertarikh 11 julai 2014.

Dokumen itu didakwa mempunyai pernyataan palsu kononnya UMS mengadakan kolaborasi dengan Syarikat Asli Jati Engineering yang menyaksikan syarikat itu bersetuju membiayai dan mendirikan sebuah Latihan Teknikal (M&E) serta pihak UMS menyokong penuh permohonan syarikat terbabit bagi melaksanakan kerja-kerja secara rundingan terus.

Peter dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri di Pusat Pentadbiraan Kerjaan Persekutuan Putrajaya pada 17 Julai 2014.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peter juga turut didakwa atas pertuduhan alternatif, iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen membabitkan dokumen sama bagi membiayai dan mendirikan sebuah pusat M&E di tempat dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

No comments:

Blog Archive