Monday, September 20, 2021

KLUSTER MAHKAMAH-JANGAN PAKSA BERSATU LANGGAR PRINSIP

KERAJAAN Persekutuan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan jangan memaksa parti Bersatu melanggar prinsip untuk berkompromi menyokong sebarang perlantikan yang melibatkan kluster mahkamah.

Walaupun kluster mahkamah boleh menyokong kerajaan, akan tetapi, tidak boleh mengisi sebarang jawatan yang melibatkan kerajaan. Itu lah pendirian parti Bersatu dan rakan-rakan parti. Juga sebahagian MOU antara Pakatan Harapan (PH).

Kalau diimbas kembali, sebelum Umno tumbang sebagai penaraju kerajaan Persekutuan, mana-mana pemimpin yang dihadap ke mahkamah, bukan sahaja melepas jawatan kerajaan, tetapi bercuti daripada jawatan parti. Namun, selepas parti itu tumbang, duluan itu nampaknya  tidak digunapakai. Malah mereka yang terdiri ahli parlimen yang termasuk dalam kluster mahkamah telah menyebabkan tumbangnya sebuah kerajaan, kerana mereka menarik sokongan.

Isu sokongan ahli parlimen Bersatu menjadi bualan ahli-ahli politik, malah dikatakan penyebab tertangguhnya pemilihan Timbalan Speaker.

"Pihak Kerajaan" telah mencalonkan Datuk Seri Ahmad Maslan, manakala pembangkang Nga Kor Ming.

Mata tertumpu pada Ahmad Maslan, kerana salah seorang ahli parlimen Umno yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah membabitkan wang RM2juta daripada Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Blog Archive