Sunday, September 12, 2021

DAKWAAN KEM ZAHID-KERAJAAN LALU GAGAL, TERBUKTI HANYA PEMBOHONGAN


HANTARAN facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, impak PPN yang dirangka kerajaan lalu terbukti di landasan betul pemulihan negara.

Menurut beliau, kerana kejayaan PICK, ternyata mendorong pelabur masuk semula ke dalam negara. Pada bulan Ogos menurut beliau sejumlah RM7.7bilion aliran masuk modal asing ke dalam negara, merupakan nilai tertinggi sejak jun lalu. Selain itu, pada Julai, pelaburan bersih pasaran bon ringgit sejumlah RM6.6bilion. Setakat Ogos lalu, tambah beliau, pegangan pelabur asing bagi bon Kerajaan Malaysia meningkat sebanyak RM23.9 bilion kepada RM226.1 bilion.

Sebelum ini, kem Zahid (15 orang ahli parlimen Umno), meratib setiap hari, mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin, adalah kerajaan yang gagal segagalnya. Atas sebab alasan tersebut, Zahid and the geng menarik sokongan, sehinggakan kerajaan kehilangan sokongan majoriti, dan terpaksa meletakkan jawatan pada 16 Ogos.

Kini, semua dakwaan kem Presiden Umno itu, hanya fitnah, atas sebab, semua perancangan, tatakelola yang diletakkan kerajaan lalu diteruskan, tanpa perubahan sedikitpun, daripada segi pelaksanaannya. Semuanya, seperti copy & paste.

Benar lah kata Khairy, beliau mempunyai masalah kepercayaan terhadap Presiden Umno.

Hakikatnya, rakyat memang tahu, semua dakwaan kem Zahid, terutama Bossku, hanya fitnah, namun rakyat tidak dapat berbuat apa. Sebab itu, menurut kajian UKM, mendapati lebih 90% rakyat negara ini, tidak bersetuju dengan perletakan Jawatan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

No comments:

Blog Archive