Sunday, August 08, 2021

WUJUDNYA SOP POLITIK BARU DI NEGARA KITA

SOP (standard Operation Procedure). Menerusi SOP baharu, maka dipisahkan antara pemimpin mengutama parti dan pemimpin mengutamakan rakyat.

Menerusi SOP terbaharu ini, maka pada pilihan raya, pengundi atau rakyat, mempunyai panduan jelas semasa mengundi.

Dengan SOP baharu ini, pemimpin mengutamakan parti, maka perlu menjadikan pengundi/rakyat sebagai ahli, kerana melalui cara ini, maka boleh menang pilihan raya. Saingan pemimpin seperti ini, adalah pemimpin mengutamakan rakyat. Pemimpin yang mengutamakan rakyat, tidak perlu menjadikan pengundi/rakyat sebagai ahli parti, kerana pengundi/rakyat telah faham, memilih pemimpin seperti ini, memangpun untuk rakyat.

SOP baharu politik ini, akan diuji sedikit masa lagi, iaitu menerusi PRU-15.

Perkembangan politik tanah air, kita semua didedahkan, mana pemimpin mengutamakan parti, dan mana pemimpin mengutamakan rakyat.

Pemimpin mengutamakan parti, hanya minat kepentingan parti. Atas sebab itu, tega/sanggup menjadikan rakyat mangsa.

Pemimpin mengutamakan parti, sanggup lari dari medan perang, untuk menyelamatkan kabila, sementara pemimpin mengutamakan rakyat, sanggup mati di medan perang.

Pemimpin mengutamakan parti, sanggup bersengkokol dengan musuh, untuk menjamin keselamatan diri dan kabila. Manakala pemimpin mengutamakan rakyat, membiarkan diri bagaikan lilin, dalam kegelapan, memberi sinaran, biarpun diri hangus.

Krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda rakyat, pemimpin mengutamakan bermatian-matian melaksanakan pelan keluar, walaupun berhadapan dengan pengulingan.

Mereka yang bertungkus lumus menggulingkannya, ada lah pemimpin yang mengutamakan parti. Itu lah katanya. Sedangkan dibalik itu, bertujuan menyelamatkan diri. Panggilan Penjara Sungai Buloh, sungguh mengerunkan.Sebelum masuk, semua tenga perlu digunapakai.

Sayang, rakyat jelata, tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana kuasa rakyat, hanya terpakai menerusi pilihan raya.

Tapi, mungkin atas tuah rakyat, usul percaya menerusi sidang parlimen September depan bukan lah pengakhiran. Pemimpin mengutamakan rakyat, akan diberi kekuatan untuk terus bertahan, sehingga berjaya melawan musuh utama yang tidak kelihatan- virus corona, sebelum pasrah dalam gelanggang demokrasi.

Rakyat Sabah membuktikan, pemimpin mengutamakan parti, ditolak semasa PRN-16 Sabah.

No comments:

Blog Archive