Apabila, rakyat menjadi taruhan, maka pemimpin berjiwa atau berorentasi rakyat berpihak kepada rakyat.
Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, dengan terang dan jelas akur dengan Keputusan parti, namun kerana Umno Sabah berautonomi, maka mempunyai pendirian sendiri.
Apa yang berlaku dalam Umno sekarang ini, hanya berkisar pada ahli-ahli parlimen secara bersendirian. Ada yang akur dengan keputusan parti, ada yang akur dengan keputusan Barisan Nasional. Mereka yang akur dengan keputusan Barisan Nasional, tidak menolak keputusan parti, termasuk lah Datuk Bung dan Datuk Mohammad Alamin.
Blogger Warisan Sabah yang menulis menerusi www.borneovice.wordpress merujuk tindakan dua pemimpin Umno Sabah- Datuk Rahman Dahlan dan Abdul Aziz Julkernain menyokong ketetapan parti. Sebenarnya keputusan mereka itu tiada impak pun pada keabsahan kerajaan Persekutuan, kerana bukan ahli parlimen.
Keputusan Umno Sabah yang kekal bersama GRS, menunjukkan keautonomian Umno Sabah. Menerusi pendirian tersebut, tiada seorangpun pemimpin Umno atau ADUN atau peringkat kepimpinan Umno Sabah menolaknya. Kedudukan ini, sangat bercanggah dengan persepsi blogger Warisan tersebut, kononnya Bung lemah, sehinggakan boleh membawa masalah kepada Umno Sabah.
Ahli parlimen daripada Sabah yang mewakili Umno Sabah, sebenarnya dipersimpangan jalan, seperti mana di depani lebih 25 ahli parlimen parti itu, termasuk lah dua Naib Presiden parti, kerana terpaksa memilih keutamaan. Keutamaan yang penting sekarang ini, adalah rakyat yang berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi.
Pada masa sekarang, walaupun ada di antara ahli parlimen secara terang-terangan akur dengan keputusan parti, menarik sokongan dari Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, termasuk meletakan jawatan daripada kabinet, akan tetapi, ianya belum dikira sebagai sah. Pengesahan hanya menerusi pengundian di parlimen apa kah mereka menolak usul percaya atau sebaliknya.
Ada lah tafsiran salah, jika mendakwa Datuk Bung Moktar Radin sebagai Pengerusi Umno Sabah, kehilangan keupayaan memimpin, hanya kerana tindakan Ketua Pemuda Umno Sabah Dan ahli MKT daripada Sabah meletakkan jawatan, kononnya sebagai menyahut seruan kepimpinan parti peringkat pusat. Sedangkan tindakan mereka itu, tidak samasa sekali berkaitan dengan keabsahan kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri. Tindakan mereka itu, tidakpun berkaitan dengan arahan parti. Arahan parti yang dikeluarkan Setiausaha Agung, hanya khusus untuk ahli parlimen, menarik sokongan dan letak jawatan atau menyokong dan tidak letak jawatan.
No comments:
Post a Comment