Wednesday, July 14, 2021

DESAKAN ZAHID AGAR TSMY BERUNDUR TIADA KESAN

PADA rabu, Jemaah Menteri Persekutuan sebulat suara menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dalam jemaah menteri tersebut 9 adalah ahli parlimen Umno- Ismail Sabri Yaakob (Bera),.Annuar Musa (Ketereh), Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Noraini Ahmad (Parit Sulong), Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Hishammuddin Hussein (Sembrong), Khairy Jamaluddin (Rembau), Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi), dan
Dr Adham Baba (Tenggara)

Pada 8 Julai, Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan parti terhadap Perdana Menteri, bukannya tarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional seperti mana ketetapan PAU2020 parti tersebut.

Melihat sokongan jemaah menteri, desakan Zahid agar TSMY berudur tidak berkesan.

Umno mempunyai 38 ahli parlimen (AP). Jika 3 atau lebih daripada mereka menarik sokongan, boleh menyebabkan kerajaan minoriti terwujud.

No comments:

Blog Archive