Friday, July 16, 2021

26 JULAI- TIADA APA-APA BAKAL BERLAKU

POLITIK Malaysia, sangat mudah dibaca, tidak memerlukan tekaan. Kerana faktor tersebut, maka sebarang gerakan politik mudah dipatah. Jika sesuatu gerakan berjaya, kerana ianya digerakan daripada dalam. Atas sebab itu, dalam sejarah politik negara ini, tiada gerakan daripada luar berjaya.

Umno kehilangan kuasa, berpunca daripada dalam, demikian juga USNO, BERJAYA dan PBS. Rekod terbaharu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) kehilangan kuasa, juga kerana faktor dalaman.

Berasaskan kepada latar belakang politik negara ini, maka Kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin akan terus kekal, kerana belum terdapatnya gerakan dalaman, kalau adapun, hanya kocakan kecil dalam cawan.

Sidang parlimen yang ditunggu-tunggu, kononnya akan dijadikan gelanggang menumbangkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin (Bukan Kerajaan Perikatan Nasional), tidak akan menjadi kenyataan, atas sebab tiadanya gerakan daripada dalam.

Kenyataan Speaker Dewan Rakyat bahawa sidang penuh Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 akan diadakan selama 15 hari bermula 6 September ini. Menurut Speaker, Mesyuarat tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 6 September, pukul 10pagi bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. Menerusi kenyataan ini, jelas, Kerajaan akan berfungsi seperti biasa.

Semua ahli parlimen yang mendokong kerajaan, kecuali mungkin 2-3 orang, masa ini, bukan masa berpolitik. Masa ini, keutamaan adalah melawan covid-19 dan kesannya.

Walaupun penulis berulang kali mengikuti rakaman video yang kerap dihantar oleh seorang pemimpin politik veteran yang memetik kenyataan mantan Presiden MIC- Datuk Samy Vellu yang mana dalam rakaman tersebut, menurut beliau “ sekarang ini ramai orang gila, patut dihantar di Hospital Tanjong Rambutan atau Hospital Tampoi”, namun kegilaan tersebut, tidak sampai menumbangkan kerajaan yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Oi blogger BANGKAI ANJING Bersatu NAZI - yg. patut dihantar ke WAD Tg. RAMBUTAN & biaq MAMPOS kat situ adalah si PEMBUNUH2/PEROMPAK2 HOMO-GILA SEKS HARAM binatang2 BUAS Diktator mahiaddin/azmin/khairyjantan SUNDAL HOMO azmin/setiap EKOQ bangkai2 ANJING rejim2 Bersatu NAZI/PH-DAP!!

Blog Archive