BUKAN sedikit kos yang ditanggung, samada oleh kerajaan atau rakyat, hanya kerana TINDAKAN "Total Lockdown" sehinggakan rakyat perlu duduk di rumah, kecuali sektor yang dibenarkan.
Tekanan, bukan sahaja berkaitan sara hidup, juga emosi, malah bil kemudahan asas seperti elektrik dan air juga meningkat.
Kerana beban yang dirasakan sebahagian besar rakyat tersebut, jemaah menteri termasuk timbalan menyumbang 3 bulan gaji mereka kepada Akaun Amanah Bencana Covid-19, malah tindakan tersebut disertai 800,000 penjawat awam yang menyumbang RM30juta kepada akaun tersebut.
Tiada seorangpun daripada kita mahu dijangkiti dan menjadi mangsa virus Covid-19, namun, tindakan ambil mudah, menyebabkan jangkitan merebak.
Contoh paling ketara, apabila ada pemimpin politik, mengatakan bahawa data jangkitan virus tersebut adalah sandiwara, seperti mana dakwaan pemimpin Warisan- Datuk Mohammadin Ketapi, juga, troll Datuk Seri Najib Razak, berkaitan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, bahawa rentas daerah/negeri semasa pandemik ini adalah HARAM.
Telah didapati, gelombang ke-3 Covid-19 negara kerana impak kepada PRN-16 Sabah, dan juga impak selepas hariraya.
Jika segelintir rakyat yang degil tersebut, tidak rentas daerah/negeri, dan mereka yang pencetus kluster di tempat kerja mematahui SOP, sudah tentu, tindakan "Total Lockdown" tidak akan berlaku sekali lagi.
Oleh kerana "Total Lockodown" melibatkan sebahagian besar rakyat, maka pemimpin politik yang sentiasa menunggu menjadi hero kepada rakyat sangat ternanti-nanti.
Dalam keadaan begini lah para pemimpin ini menangguk di air keroh, meremehkan kerajaan beserta tindakannya.
Sebagai misalan, sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan tambahan Bantuan Prihatian Rakyat, antara RM100-RM500, para pemimpin dalam golongan tersebut, cuba membangkitkan emosi rakyat, dengan dakwaan jumlah tersebut TIDAK memadai, malah TERLALU sedikit/kecil.
Bagi pemimpin yang termasuk sebagai "pengeritik tegar" kerajaan ini, TIADA satupun TINDAKAN kerajaan yang betul. Di mata mereka, segala tindakan kerajaan adalah silap dan tidak tepat. Malangnya, mereka ini TIDAK memberi cadangan yang praktikal, sebaliknya cadangan mereka seperti dalam cerita dongeng "Lampu Alladdin".
Mereka ini tahu, bahawa masih ada rakyat negara ini yang "kurang berfikir" dan menerima apa sahaja, sesuatu yang kedengaran "baik" untuk mereka, walaupun semua itu, hanya khayalan semata-mata.
No comments:
Post a Comment