Sunday, May 23, 2021

KERAJAAN GRS TERUS DITERIMA RAKYAT

ATAS faktor pengalaman dan kewibawaan para pemimpin Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), maka hala tuju kerajaan di landasan yang betul.

Berbagai kombinasi kepimpinan, termasuk pemimpin yang bertag " A man of action" serta kepimpinan Ketua Menteri yang mengutamakan keperluan dan kepentingan rakyat, menjadi pendorong kepada rakyat Sabah secara umumnya menerima kerajaan yang diterajui GRS.

Sejak penubuhan kerajaan ini, penulis memperhatikan secara dekat, bahawa setiap lapisan kepimpinan baik menteri, pembantu menteri, pengerusi-pengerusi GLC dan para ADUN termasuk ADUN dilantik, semacam berlumba-lumba memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, khususnya di kawasan masing-masing. Kerana pendekatan ini, ada sesetengah menteri, hanya "fokus" di kawasan masing-masing, sehinggakan hanya "melihat sebelah mata" kawasan-kawasan lain, sedangkan dalam membentuk kerajaan, perlu juga sokongan kawasan-kawasan lain.

Para menteri kabinet, walaupun mengerti benar fungsi kabinet masing-masing, tetapi ada  isu, kawasan-kawasan tertentu KURANG mendapat liputan, kerana TIADA wakil dalam kabinet.

Kawasan Kota Belud, Tawau misalnya, suatu masa lalu, kerap diwakili seorang menteri, namun dalam kerajaan GRS, tidak diwakili, kecuali Tawau, diwakili dua Pembantu Menteri, iaitu ADUN Apas dan Tanjung Batu.

Mungkin, atas faktor taburan pemimpin antara parti-parti dalam GRS, ada lah penyumbang kepada taburan mereka yang dilantik sebagai menteri, bukannya berasaskan kawasan.

Walaunpun kedudukan barisan kabinet negeri sedemikian rupa, akan tetapi melihat cara kerajaan GRS memerintah, parti-parti yang cuba melawan gabungan tersebut pada pilihanraya, termasuk PRU-15, peringkat parlimen, akan berhadapan keadaan sukar untuk mengunggat, walaupun kawasan majoriti cina, masih gagal ditembusi.

Parti Warisan dan PKR kelihatannya TIADA kemampuan lagi bersaing, kerana rakyat sudah merasakan bagaimana peritnya, semasa parti itu memerintah.

No comments:

Blog Archive