JIKA dilihat daripada segi DATA jangkitan, merebaknya jangkitan covid-19 di Semenanjung berpunca daripada PRN-16 Sabah.
Selepas PRN tersebut, jangkitan di Sabah mencanak naik, malah sejak Oktober, 2020, jumlah jangkitan harian dan kematian, Sabah lah juaranya.
Atas tindakan KKM dan kerjasama semua pihak terutama rakyat, maka Sabah berjaya melandaikan jangkitan, walaupun jumlah jangkitan kembali ke tiga angka selepas Hariraya, salah satu sebabnya adalah rentas negeri.
Jangkitan di Semenanjung terus mencanak, terutama di Selangor, selain kurangnya pematuhan SOP juga tindakan kerajaan negeri yang bersifat lebih pandai daripada Kerajaan Persekutuan.
Kerana Selangor merupakan sumber penjangkit, maka jangkitan merebak ke negeri-negeri lain, kerana kebenaran rentas negeri dan daerah.
Virus ada lah musuh yang tidak nampak. Mengelak jangkitan, hanya melalui pematuhan SOP yang diberikan oleh KKM. Mereka yang terjangkit dan menjangkiti orang lain adalah mereka yang tidak patuh SOP, kerana jika patuh SOP, TEMPAT KERJA tidak seharusnya menjadi KLUSTER JANGKITAN.
Mencanaknya semula JANGKITAN, ada pihak menyalahkan kerajaan kerana GAGAL membendung jangkitan, sedangkan, PUNCA jangkitan, kerana ada rakyat yang TIDAK patuh SOP.
Sepatutnya RAKYAT sudah belajar dan faham, semua SOP yang ditetapkan pada PKP1.0, sebab itu semada pada PKP2.0 dan PKP3.0, kelonggaran diberikan kepada aktiviti ekonomi, kerana jika KERAJAAN mengambil pendektan serupa seperti PKP1.0, ekonomi negara bakal lumpuh sepenuhnya, kerana pada PKP1.0, sehari negara rugi RM2.4bilion. Impak PKP1.0, kerajaan perlu membelanjakan RM360bilion.
Semua pihak perlu menerima HAKIKAT, jangkitan covid-19 yang meningkat, bukan SALAH kerajaan, akan tetapi, RAKYAT juga turut dipersalahkan, termasuk setengah Pemimpin YANG hanya tahu mengeritik, dan serba tahu.
Contohi Sabah, di bawah Kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor, dalam menangani jangkitan di Sabah.
No comments:
Post a Comment