Monday, April 26, 2021

KERAJAAN PN AKAN KEKAL SEHINGGA 1 OGOS

SETIDAK-TIDAKNYA, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sokongan Umno akan kekal sehingga 1 Ogos depan.

Sebelum ini, ramai yang berspekulasi, bahawa kerajaan PN akan tumbang sebelum proklamasi darurat berakhir, kerana ancaman Umno akan menarik sokongan sebelum tamatnya darurat,namun ianya tidak menjadi kenyataan.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bermesyuarat semalam, dikhabarkan tidak membincangkan berkaitan penarikan sokongan, ertinya, pendirian parti itu terus menyokong kerajaan sehingga 1 Ogos. Sebelum ini, Umno membuat pendirian, terus menyokong sehingga parlimen dibubarkan, namun keputusan itu berubah semasa PAU-2020 pada bulan Mac.

Semalam, selepas mesyuarat, MKT Umno mendesak disegerakan sidang parlimen, kononnya bertujuan memberikan peluang kepada ahli parlimen (AP) mengambil bahagian dalam perbahasan atau keputusan kerajaan khususnya berkaitan dana atau tindakan kerajaan mengatasi pandemik covid-19 dan pemulihan ekonomi.

Ekoran desakan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen)- Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi respon, bahawa Sidang Parlimen akan diadakan selepas tamat darurat. Pada masa yang sama, isu kebimbangan berkaitan semak dan imbang, sebenarnya tidak timbul, kerana fungsi agensi kerajaan seperti SPRM, Audit Negara dan PAC parlimen, berfungsi seperti biasa.

Kerajaan PN, samada sebelum tempoh darurat mahupun semasa darurat, hanya mengguna pakai aset atau dana kerajaan, semata-mata untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan lain.

Dalam keadaan yang abnormal ini, kerajaan atau pemimpin kerajaan perlu bertindak diluar kebiasaan. Keadaan itu yang perlu difahami oleh semua pihak termasuk ahli-ahli parlimen pembangkang.

Dalam keadaan seperti sekarang, jika kerajaan atau pemimpin kerajaan bertindak seperti dalam keadaan normal. ertinya kerajaan atau pemimpin tidak peka dengan keadaan.

Memang dirasakan, tindakan kerajaan, tidak seagrisif seperti mana diharapkan dalam keadaan abnormal, sebab itu, aktiviti membantu rakyat terasa lambat atau perlahan, misalnya dalam proses vaksinasi rakyat.

Juga, terlihat, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perancakkan ekonomi, mereka yang diberi peluang mengendali projek-projek kerajaan, masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan abnormal, sebab itu, ternampak kehadiran mereka tidak terasa, sehinggakan ternampak sangat, mereka itu semacam dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP), layaknya seperti Covid-19.

No comments:

Blog Archive