Monday, March 29, 2021

UMNO 'TALAK TIGA" BERSATU

SEMALAM penulis “agak keliru” selepas mendengar UCAPAN dasar Presiden Umno yang mendesak agar parti “perlu berbuat sesuatu” terhadap Kerajaan PN, yang diterjemahkan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat- Tengku Razalegh Hamzah dalam sidang media sejurus ucapan dasar tersebut, meminta semua wakil rakyat parti yang mempunyai jawatan dalam kerajaan hendak lah meletakkan jawatan serta merta.

Kerana kekeliruan itu penulis sempat bertanya pada beberapa pemimpin yang “tahu” dengan keadaan sebenar, menurut mereka, walaupun Umno telah menalak tiga Bersatu dan PN, tetapi hanya berkuat kuasa selepas Pembubaran Parlimen.

Kerana Umno menjamin bahawa sokongan terhadap kerajaan PN, sehingga pembubaran parlimen, maka isu tumbangnya kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, untuk sementara tidak timbul.

Sebenarnya, kerajaan PN, kehilangan sokongan majoriti selepas proklamasi darurat diistiharkan, kerana 3 AP Umno menarik sokongan. Para AP itu, adalah AP Gua Musang, Machang dan Padang Rengas. Namun, kekurangan jumlah tersebut, diganti oleh tiga sokongan daripada Julau, Tebrau dan Kuala Langat.

Daripada awal lagi Umno mahukan PRU-15 disegerakan, seperti mana petikan ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan tetapi pihak kerajaan melihat ancaman pandemik Covid-19 telah menghalang pembubaran parlimen. Jika parlimen dibubarkan, dan PRU diadakan, kemungkinan besar, jangkitan covid-19, bukan hanya berjumlah seperti sekarang, lebih 300 ribu, akan tetapi mungkin 10 kali ganda daripada jumlah tersebut, kerana jumlah sekarang sebahagian besarnya adalah sumbangan PRN-16 Sabah pada September tahun lalu.

Politik adalah medan yang penuh dengan segala kemungkinan. Istilah TALAK TIGA, sebenarnya TIADA dalam kamus politik. Pemimpin politik, akan membuat keputusan menguntungkan parti yang mereka wakili. Kalau jambatan sudah dibakar, maka bina jambatan baharu.

Umno adalah parti besar. Keputusan TALAK TIGA, hanya istilah di atas kertas, dan apabila masa sampai, akan dibuat keputusan untuk tujuan menang-menang, seperti mana KEWUJUDAN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diumumkan pada hari penamaan calon PRN-16 Sabah.

Walaupun keputusan Umno menolak sama sekali kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15, sehinggakan ramai pengamat dan penganalisis politik melihat bahawa parti itu gagal menterjemahkan "perpaduan ummah" yang ditunjukkan menerusi kemenangan di beberapa PRK pasca PRU-14 kerana beberapa kemenangan tersebut calon-calon Umno turut disokong Pas dan 2 PRK terakhir disokong juga oleh Bersatu.

Keputusan Umno menalak tiga PN, juga membabitkan Pas, walaupun Pas kini dipersimpangan, samada kekal bersama Muafakat Nasional (MN) kerjasama tidak berdaftar dengan ROS atau kah kekal bersama PN yang secara sah sebagai sebuah parti.

Hakikatnya, walaupun Umno "merasa" yakin akan menang pada PRU-15, akan tetapi pada asasnya parti itu masih ragu-ragu, sebab itu, "membuka" penjajaran baharu dengan mana-mana parti selepas pilihanraya, untuk membentuk kerajaan.

Dalam sesebuah pilihanraya atau dunia demokrasi, tiada formula untuk menentukan sebarang keputusan, andaian atau analisis hanya berpandukan pada rekod atau data masa lalu. 

Umno atau BN, kena berpandukan pada data masa lalu, misalnya pada PRU-13, mendapat sokongan lebih 55% pengundi, manakala pada PRU-14 menurun kepada 33.3%.  Penurunan undi tersebut, mungkin kerana faktor "fitnah" atau faktor lain seperti protes.

Mungkin kerana, Umno telah merasakan bahawa faktor fitnah sudah terdedah dan terjawab atau telah diratifikasi, maka parti itu, telah merasa selesa, bahawa sokongan telah pulih atau kembali. Kerana anggapan atau kepercayaan tersebut, maka parti itu TIDAK teragak-agak untuk bergerak SOLO pada PRU-15.

Apapun andaian, dalam dunia politik, TIADA yang kekal selamanya, kerana perlu diterima, politik itu PENUH dengan kebarangkalian atau kemungkinan.

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PALA HOTAK betul si artikel & blog amat BANGSAT ni!! Kononnya UMNO menjahanamkan Perpaduan Ummah sdgkan parti PENYAMAQ Bersatu NAZI Homo ni BUKANnya lagi parti PRIBUMI & telah diKUASAI si HOMO2 PARASIT bekas PKR oi!!!!!!

Baca ni PENULIS & BLOG PARASIT BANGANG!!

Di - http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2021/03/yang-berbicara-perpaduan-ummah-dengan.html?m=1

Blog Archive